ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAHANA GHAIRAH BERAKSI LUCAH !!!

Wednesday 25 December 2013

BAHANA GHAIRAH BERAKSI LUCAH !!!

Gambar Hiasan

KOTA BHARU - Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.

Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.

Mereka  berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.

“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.

“Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.

Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.

“Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.

“Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.

Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
BH

No comments:

Post a Comment