ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SASPEK UTAMA KES BUNUH PEGAWAI JAIP ANTARA 15 ANGGOTA "TUHAN HARUN" YANG DIBERKAS !!! TAHNIAH @pdrm

Wednesday, 11 December 2013

SASPEK UTAMA KES BUNUH PEGAWAI JAIP ANTARA 15 ANGGOTA "TUHAN HARUN" YANG DIBERKAS !!! TAHNIAH @pdrm


Polis pada Isnin mengesahkan suspek yang menembak mati Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada 10 November lepas adalah antara 15 anggota kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan di seluruh negara baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan terperinci ke atas semua tahanan mendapati suspek yang sangat dikehendaki itu adalah seorang daripada mereka, dan pistol yang dirampas juga berpadanan dengan jenis senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan.

"Pistol yang dirampas sudah disahkan menerusi ujian balistik digunakan dalam insiden itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia ke-25 di sini.

Ketua Penguatkuasa Jaip Mohd Raffli Abdul Malik, 49, ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Kuantan, Pahang dan kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat itu.

Mengulas persidangan tahunan itu, Khalid berkata sehingga kini, hanya 19,980 kekosongan jawatan polis bantuan dipenuhi daripada 42,744 perjawatan yang diluluskan kerajaan.

Beliau berkata peranan polis bantuan sangat signifikan dalam membantu meringankan beban tugas Polis Diraja Malaysia melindungi kepentingan majikan, menjaga keselamatan nyawa, harta benda dan ketenteraman kawasan masing-masing.

"Statistik menunjukkan terdapat 157 agensi iaitu 25 agensi kerajaan, 25 badan berkanun, 35 syarikat berkaitan kerajaan, 65 syarikat swasta, pihak berkuasa tempatan (3), institusi pengajian tinggi awam (3) dan institusi pengajian tinggi swasta (1) yang mentadbir urus operasi polis bantuan.

"Disebabkan masih banyak lagi perjawatan dalam unit ini yang belum dipenuhi, saya sarankan semua agensi polis bantuan dapat mengisi kekosongan jawatan itu pada tahap yang optimum," katanya. 
-BERNAMA

No comments:

Post a Comment