ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MELAMPAU !!! PATUNG HAJI DAN HAJJAH SATU PENGHINAAN BESAR TERHADAP AGAMA ISLAM !!!

Sunday 15 December 2013

MELAMPAU !!! PATUNG HAJI DAN HAJJAH SATU PENGHINAAN BESAR TERHADAP AGAMA ISLAM !!!


Patung yang mempamerkan seorang lelaki Islam Haji dan perempuan Islam Hajjah yang digelarkan Haji dan Hajjah kononnya sebagai tanda untuk menghormati orang Islam di Lumut Perak.

Gambar berhala Haji & Hajjah mulai tersebar di internet yang menyerupai seorang muslim dengan imej yang warak dan perempuan yang berhijab dan berjubah.

Dimaklumkan, lokasi berhala itu adalah di Lumut, Perak.

Sejak akhir-akhir ini timbul pelbagai kontroversi penghinaan oleh agama lain terhadap Islam.

Pada 8 November lalu, pihak Polis telah menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.

Sebelum itu juga, menjelang umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Puasa, sebuah video ’1 Hari di Hari Raya’ yang menghina Islam telah tersebar di internet yang memaparkan seorang lelaki meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatarberlakangkan audio laungan takbir dan lagu raya.

Manakala di ambang Ramadhan pula, ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, sepasang kekasih Alvin & Vivian mempersenda Islam dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)… wangi, enak dan menyelerakan’.

Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu ‘Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan.'

Memang sudah melampau !!!

No comments:

Post a Comment