ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SURAT KEPADA ANWAR IBRAHIM BERKAITAN TOL & DEMONSTRASI GULING KERAJAAN .

Wednesday 25 December 2013

SURAT KEPADA ANWAR IBRAHIM BERKAITAN TOL & DEMONSTRASI GULING KERAJAAN .


Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri atas kemenangan di Permatang Pauh dan kemenangan di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan semasa PRU13 yang lalu.
Adakah Datuk Seri sudah mengucapkan Tahniah kepada DS Najib dan parti BN atas kemenangan mereka juga? Jika ada, saya tidak pernah membacanya, barangkali Datuk Seri call direct kepada DS Najib atau menghantar SMS peribadi, ataupun semasa bertemu di Dewan rakyat tempohari. Tidak mengapalah, barangkali ianya rahsia Datuk seri dengan DS Najib berdua sahaja.
Sebaik-baiknya, sebagaimana amalan di Amerika Syarikat, Australia ataupun di Britain ialah sesiapa yang menang akan mengucapkan tahniah kepada lawan masing-masing. Itulah demokrasi yang demokratik. Di Malaysia nampaknya ianya belum menjadi amalan.
Saya dapati, DS Najib lebih terkedepan di dalam hal menghargai lawan dan musuh politik. New politic yang dibawa oleh DS Najib sekarang ini lebih bersifat terbuka, menyenangkan dan hebat kerana semua rakyat tidak kira ahli PAS, penyokong PKR, pro DAP semuanya dibawa masuk di dalam sistem kerajaan supaya mereka merasai serta melihat sendiri bagaimana kerajaan ini berfungsi, digerakkan dan mellihat sendiri kekangan-kekangannya.
BANJIR
Sebaliknya cara berpolitik lama yang Datuk Seri amalkan amat jauh ketinggalan, lihat sahaja di dalam kes banjir Kuantan. Seelok-eloknya MP Kuantan hendaklah bersama-sama dengan semua agensi kerajaan (persekutuan & negeri) mengatur masalah banjir di Kuantan kerana MP Kuantan adalah Ahli Parlimen yang bermaksud juga ahli di dalam sistem kerajaan di negara kita. Sebaliknya, sama seperti Datuk Seri, pendekatannya ialah menuding jari dan menyalahkan pihak lain. Ini cara lapok dan merugikan rakyat.
Pada tahun 1990 dahulu, ketika Sabah diperintah oleh PBS(ketika itu masih di luar BN) dan kawasan saya Merotai dimenangi oleh Adun USNO (BN), kami boleh bekerjasama dengan pemerintah PBS untuk kepentingan rakyat walaupun berbeza fahaman politik. Untuk lebih lanjut, bacalah buku saya inihttp://ww.marymartin.com/web/selectedIndex?mEntry=150019 dan ini http://books.google.com.my/books/about/Abaka.html?id=7GUeAAAACAAJ&redir_esc=y
Saya menulis surat terbuka ini supaya kita boleh berdiskusi secara sehat bagaimana menjadikan negara kita ini kemenjadian dengan segala kepakaran rakyat kita, membangun secara sehat dan demokratik supaya generasi akan datang mempunyai platform yang sehat untuk berdemokrasi, bukannya berdemonstrasi.
Demostrasi, rusuhan dan kudeta bukan amalan Islam sebaliknya ia adalah amalan Kuno masyarakat barat yang dahulunya amalan pemerintah mereka sangat autokratik dan tertutup. Ketika itu, perbincangan intelektual ditutup. Maka berlakulah pemberontakan, demo dan rusuhan sebagaimana era Napoleon Bonaparte, Abraham Lincoln, Winston Churchill dan sebagainya.
Winston Churchill muncul ketika era Nazi Jerman hampir memusnahkan masyarakat Inggeris. Walhal sebenarnya, berpuluh-puluh tahun sebelum itu pun orang Inggeris hidup di dalam kegelapan kerana pemerintah yang autokratik, tuan tanah yang memeras keringat mereka dan dasar tutup pintu dalam beragama dan berpendidikan. Sebaliknya di Malaysia, adakah DS Najib mengarahkan TV kita menutup rancangan filem Bollywood yang menjadi antara minat Datuk Seri?
Pernahkah Datuk Seri mendengar nama tokoh Giuseppe Garibaldi (1830an) di Amerika. Dia secara individu pergi berperang di mana-mana menentang pemerintah di Perancis, Itali, Uruguay, Brazil dan akhirnya dia kembali ke Amerika menjadi ahli parlimen dan memberi kerjasama kepada Abraham Lincoln (1860).
Begitu juga semasa era penjajahan di negara kita, English centric menulisnya sebagai pemberontakan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat Salleh dan sebagainya walhal ianya adalah usaha mereka mempertahan setiap inci wilayah tanah mereka dan sistem sosio-ekonomi mereka yang cuba dirompak secara kasar dan tidak beretika oleh penjajah.
Beritahu kepada saya apa untungnya demonstrasi menentang kerajaan secara melulu, emosi dan tidak terkawal? Bukankah kita ada sistem parlimen yang membolehkan semua wakil rakyat Pakatan bersuara, menghalang dan meminda apa-apa sahaja akta yang dilihat tidak menguntungkan rakyat. Gunakanlah sistem yang sedia ada yang sudah menjadi amalan demokrasi di negara kita.
Saya tidak berkata tidak boleh berdemo jika ianya suatu elemen untuk menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat, tetapi buatlah dengan cara yang telah diluluskan oleh Parlimen kita. Bukankah kita sudah ada Akta Perhimpunan Aman. Gunakanlah peluang itu dengan bijaksana, bukannya di jalanraya atau di tempat-tempat awam yang mengganggu orang awam lain yang cintakan Keamanan, Kebersihan dan Ketenangan.
Didiklah rakyat supaya menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan memerintah negara ini, didiklah rakyat supaya tahu menggunakan saluran yang berkesan untuk menyampaikan idea dan bantahan, didiklah rakyat supaya berfikir dan bertindak dengan cara matang.
TOL
Saya cabar Datuk Seri sebagai seorang pemimpin berkuasa penuh di dalam PKR, supaya mendesak Menteri Besar Selangor membatalkan kenaikan gaji ahli-ahli dewan dan exco kerana jumlah yang keterlampauan dan tidak masuk akal dalam konteks sekarang. Adakah dia akan mendengar desakan Datuk Seri?
Pada masa yang sama saya mencabar Datuk Seri supaya menghapuskan kalaupun tidak menurunkan sehingga 50% bayaran tol di semua tol-tol yang dibawah share dan kawalan kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR?
Jika saya pemimpin berkuasa utama dalam PKR, di mana saya yang menunjuk Menteri Besar yang saya mahu, sudah tentu saya juga boleh mendesaknya mendengar cakap saya kalaupun tidak menukarkannya kepada orang lain yang boleh mendengar arahan. Melantik dan menurunkan Menteri Besar dari parti sendiri bukannya sukar pun!
Jawapannya sudah tentu sukar! Semuanya itu tidak boleh dilakukan kerana pertimbangan lain seperti kepentingan kedudukan kewangan yang besar juga penting untuk mentadbir sebuah negeri. Kita tidak boleh mentadbir dan membangunkan negara dengan hanya air liur!
Makanya, PRU13 yang tidak sampai pun setahun sudah hendak diporak-perandakan lagi dengan segala macam demonstrasi. Bukankah Datuk Seri mempunyai banyak link media dalam dan luar negeri, gunakanlah untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan yang tidak sesuai, Datuk Seri memiliki ramai jurucakap di dalam parti malah NGO-NGO yang bersama Datuk Seri juga banyak, mengapa tidak gunakan semuanya dengan cara yang lebih moden, sehat, cantik, intelektual dan lebih bertanggungjawab.
Di dalam kerajaan DS Najib sendiri, bukan tidak ada pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong Datuk Seri ataupun bersimpati dengan Datuk Seri. Mereka juga adalah ahli di dalam kerajaan, jika Datuk Seri asyik menyalahkan kerajaan secara tidak langsung Datuk Seri menyalahkan mereka juga. Sistem kerajaan kita bukannya sistem autokratik kerana dasar-dasar kerajaan diputuskan di dalam parlimen bukan di bilik tidur DS Najib.
Politik era reformasi jalanan kini sudah tidak laku lagi malah ketinggalan zaman. Rampasan kuasa atau mengguling kerajaan pasti tidak dipersetujui oleh PAS yang memerintah Kelantan, DAP yang memerintah Pulau Pinang dan sudah tentu PKR yang memerintah Selangor.
Hari ini, era teknologi pantas bermaksud era kepantasan mengatasi isu. Jika kerajaan persekutuan lewat dan terlambat menjawab isu-isu besar sudah pasti rakyat akan menghukum mereka semasa PRU14 nanti. Sebaliknya, jika semua isu-isu yang dibawa PKR lemah dan dapat dijawab dengan pantas, rasional dan diterima sudah pasti kerajaan BN akan terus memerintah.
KERAJAAN MILIK PERIBADI…
Kesimpulanya mudah, Datuk Seri turut menghadapi kekangan-kekangan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor apatah lagi hendak campurtangan di dalam pentabiran kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan. Samalah juga situasi oleh DS Najib di mana wujudnya kekangan-kekangan yang bukan disebabkan oleh DS Najib tetapi oleh peraturan-peraturan di dalam kerajaan yang perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk Perdana Menteri atau malahan Raja-Raja kita.
Kalaulah kerajaan ini milik peribadi DS Najib, saya yakin DS Najib akan menghapuskan semua tol-tol di dalam negara kita termasuklah tol-tol yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor!
Salam hormat.
Al-Azharri Siddiq,
Tawau, Sabah.

No comments:

Post a Comment