ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENGODAM "TOUCH N GO" DI BURU !!! (VIDEO INSIDE)

Saturday 21 December 2013

PENGODAM "TOUCH N GO" DI BURU !!! (VIDEO INSIDE)

VIDEO: Godam Kad Touch N Go Guna Telefon Pintar!
Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.
Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.
Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.
Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n’ Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.
Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go di plaza tol tersebut.
Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n’ Go.
Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.
Dalam respon segera, wakil Touch n’ Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.
“Buat masa ini, Touch n’ Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan,” kata wakil tersebut. 
Mstar.com.my
mynewshub

No comments:

Post a Comment