ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CUBAAN BUNUH DIRI DI PULAU PINANG !!!

Monday 23 December 2013

CUBAAN BUNUH DIRI DI PULAU PINANG !!!

Seorang wanita cuba untuk membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang tetapi cubaannya gagal selepas berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.15 petang tadi. Jalan di jambatan itu sesak teruk oleh kerana percubaan wanita itu.
Jambatan Pulau Pinang sering menjadi lokasi orang yang mengalami masalah tekanan untuk menghabiskan riwayat mereka di situ.
Pada 10 Jun 2012, bapa seorang ahli sukan terkenal negara turut cuba membunuh diri di jambatan sepanjang 13.5 kilometer itu.
Menurut Seksyen 309 Kanun Keseksaan cubaan membunuh diri adalah diklasifikasikan sebagai satu kesalahan.
Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.






No comments:

Post a Comment