ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: OPS CANTAS KHAS NARKOTIK SELANGOR !!! TAHNIAH @pdrm

Monday 2 December 2013

OPS CANTAS KHAS NARKOTIK SELANGOR !!! TAHNIAH @pdrm

Polis menumpukan pemeriksaan di hotel bajet serta rumah-rumah yang dijadikan sarang penagih serta pusat hiburan sekitar Klang dan Pelabuhan Klang.

Polis Diacu Pistol

KLANG – Polis merampas sepucuk pistol .38 dalam serbuan Ops Cantas Khas Narkotik Selangor yang dijalankan di Persiaran Raja Muda Musa dan Teluk Gadong, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, dalam serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu, polis membuat pemeriksaan di sebuah bilik hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini.
Menurutnya, ketika bilik diketuk, seorang wanita membuka pintu dan di belakangnya terdapat seorang lelaki.
Katanya, lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol daripada beg di pinggangnya dan terus mengacukan senjata tersebut ke arah polis.
“Berlaku pergelutan antara mereka, namun lelaki berusia 33 tahun itu berjaya meloloskan diri melalui belakang hotel.
“Siasatan kemudian dapat mengesan kedudukan suspek, sebelum polis menahannya di sebuah rumah di Teluk Gadong, di sini,” katanya, semalam.
Sumber berkata, turut dirampas sepucuk pistol bersama tiga biji peluru.
Beliau berkata, semakan menunjukkan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Dalam perkembangan lain, 57 individu ditahan dalam operasi sama yang ditumpukan di sekitar Klang Selatan dan Pelabuhan Klang bermula jam 10 pagi kelmarin dan berakhir kira-kira jam 7 pagi semalam.
Menurut satu kenyataan dipetik daripada Facebook Polis Selangor bertarikh semalam, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor dan dibantu oleh Pasukan Gerakan Am dan Unit Anjing Pengesan polis (K9) itu difokuskan kepada pemeriksaan di hotel bajet, rumah-rumah dijadikan sarang penagih serta pusat hiburan sekitar kawasan terbabit.

Pegawai Polis Cedera Dilibas Parang

KLANG – Seorang inspektor polis cedera di lengan selepas terkena libasan parang ketika membuat serbuan Ops Cantas Khas Narkotik di sebuah rumah di Jalan Telok Gong, Kampung Nelayan, di sini, malam kelmarin.
Menurut sumber, mangsa dan sepasukan anggotanya, tiba di depan rumah terbabit kira-kira jam 11.50 malam apabila seorang lelaki keluar dalam keadaan mencurigakan.
Mangsa berusia 28 tahun terus keluar dari kenderaan untuk membuat pemeriksaan, sebelum dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.
“Lelaki itu melibas objek dipercayai senjata tajam ke arah mangsa menyebabkan siku kanan mangsa cedera.
“Lelaki berusia 20-an itu kemudian melarikan diri dan belum dapat dikesan,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa cedera ringan dan menerima tujuh jahitan di siku kanan.
Sumber itu berkata, berikutan kejadian itu, polis menyerbu rumah tersebut dan menahan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.
“Satu paket dadah dipercayai heroin, ditemui dalam bilik rumah itu,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sinar harian

No comments:

Post a Comment