ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUBHANALLAH !!! MATAHARI DI WAKTU MALAM !!!

Wednesday 25 December 2013

SUBHANALLAH !!! MATAHARI DI WAKTU MALAM !!!

Gambar Hiasan
Jika sebelum ini kita sudah mendengar tentang kejadian salji turun di negara Mesir dan juga Vietnam , maka sudah pasti ramai juga yang tahu tentang kejadian hujan ais di bumi Perak. 

Banyak pihak tampil memberikan pandangan masing-masing sehinggalah ada yang beranggapan inilah tanda-tanda hari kiamat hampir tiba. Bagi admin mudah , fenomena unik ini merupakan satu lagi kejadian alam dan membuktikan betapa kekuasaan Allah SWT cukup hebat mengatasi sesiapa jua tanpa menidakkan bahawa hari kiamat tetap akan berlaku bila tiba masanya.

Kini satu lagi kejadian alam yang rasanya admin perlu kongsikan dengan semua berkenaan MATAHARI yang timbul di waktu malam.

Seperti semua sedia maklum sudah menjadi perkara biasa matahari pasti muncul di pagi hari. Terbit di ufuk timur, menerangi hari hingga saat terbenamnya menjelang malam tiba. Namun di Lapland, anda boleh melihat matahari ketika tengah malam.

Lapland adalah sebuah wilayah di Finland yang luasnya adalah 98,946 km ² dan penduduk 187,777 (2002). Ibu negerinya ialah Rovaniemi. Wilayah ini mempunyai fenomena unik yang indah dipandang, iaitu matahari di tengah malam.

Foto CNN
Kerana lokasinya yang berada di lingkar kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini disinari matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena ini disebut midnight sun atau matahari tengah malam.

Fenomena ini berlaku setiap Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau sukan golf selama 24 jam.

Sekadar berkongsi dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar.

No comments:

Post a Comment