ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GILA !!! NYARIS MAUT KERANA FACEBOOK !!!

Sunday 22 December 2013

GILA !!! NYARIS MAUT KERANA FACEBOOK !!!

Terjatuh Dalam Laut Kerana Facebook


Nyaris Maut Kerana Facebook???

Biarpun semua orang tau, facebook ni banyak kebaikan, namun tak dinafikan kerana Facebook juga macam-macam kejadian buruk boleh terjadi. Ada yang bunuh diri, ada yang berpisah dengan pasangan masing-masing, ada yang masuk penjara dan ada juga yang nyaris maut.

Kisah terbaru berlaku kepada seorang pelancong dari Taiwan, yang nyaris maut selepas terjatuh dari dermaga semasa menyemak status Facebook pada telefon beliau. Beliau bernasib baik kerana dapat diselamatkan segera.



Semak Status Facebook Di Mana-Mana

Terjatuh Semasa Menyemak Status Facebook

Difahamkan ketika kejadian berlaku wanita tersebut sedang berjalan di sepanjang dermaga di Melbourne pada malam Isnin sambil meyemak status facebook pada telepon beliau. Tiba-tiba beliau seolah-olah hilang kawalan kerana "terganggu" dengan status tersebut lalu terjatuh ke dalam laut. Beliau berkemungkinan tidak puas hati dengan status tersebut.

No comments:

Post a Comment