ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JENAYAH DIMANA-MANA !!!

Thursday, 12 December 2013

JENAYAH DIMANA-MANA !!!


Mak Engku ada 16 rekod jenayah

KUALA SELANGOR - Seorang warga emas menyamar dengan gelaran Mak Engku menjadi wanita pertama di negara ini ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, pagi semalam.

Dia yang berusia 60 tahun itu difahamkan, ditahan setelah terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki, Syairul Helmi Azhar, 24, gara-gara cicak tokek yang didakwa bernilai jutaan ringgit.

Suspek yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Selangor menaiki kereta polis kira-kira jam 10.50 pagi kelihatan tenang diiringi pegawai polis.

Perintah reman 14 hari dikeluarkan Majistret Kuala Selangor, Shah Wira Abdul Halim bermula semalam dan suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor sehingga 24 Disember ini bagi dilakukan siasatan lanjut.

Wanita itu difahamkan mempunyai 16 rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kes penipuan membabitkan urusan perniagaan di Perak dan Pahang.

Berdasarkan laporan polis, suspek bersama tiga lagi rakan jenayahnya dengan bersenjatakan sepucuk pistol buatan sendiri cuba membunuh mangsa kira-kira jam 8 pagi di Batu 7 3/4, Jalan Kampung Perepat Kapar pada 19 Ogos lalu.

Tindakan cubaan membunuh itu dikatakan berikutan masalah perniagaan antara suspek dan mangsa. Seterusnya menjadi salah satu alasan untuk menahannya dengan kesalahan atau perbuatan yang dikategorikan di Para 1 (ii) Bahagian 1 Jadual Pertama seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pencegahan Jenayah 1959. Sumber


Dua beradik kena cekup

SERI ISKANDAR - Dua beradik yang aktif menjalankan kegiatan mencuri motosikal di daerah Perak Tengah dan Manjung berjaya diberkas polis pada 22 November lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, tangkapan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Perak Tengah dengan kerjasama IPD Manjung.

Menurutnya, daripada tangkapan itu juga, pihaknya berjaya menemui tiga motosikal yang dipercayai dicuri oleh kedua-dua suspek terbabit.

“Hasil siasatan, kedua-dua suspek yang berumur 22 tahun dan 25 tahun itu juga membawa kepada penangkapan dua pembeli motosikal curi.

"Dua individu terbabit dipercayai menjadi orang tengah kepada kedua-dua suspek berkenaan dan membeli motosikal curi untuk dijual kepada mereka yang berminat dengan komponen motosikal berkenaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, motosikal tersebut dijual kepada dua pembeli ketiga dengan harga RM300.

“Kita berjaya menemui dua motosikal yang masih berada dalam keadaan baik manakala satu lagi telah dileraikan.

“Motosikal itu ditemui di Felcra Changkat Lada dan juga Seberang Perak. Ada antara komponen motosikal itu telah dibuang ke dalam kawasan lombong,” katanya. Sumber

Kereta Polis Dibakar

Berang disaman polis kerana melanggar lampu isyarat merah dan tidak memakai topi keledar, seorang lelaki nekad membakar kereta Toyota Vios milik seorang anggota polis berpangkat konstabel dalam kejadian di sebuah taman perumahan di daerah ini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an sedang tidur di rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi penggera kereta miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.

Menurut sumber, curiga dengan bunyi penggera itu, mangsa bingkas bangun dan keluar meninjau keadaan di luar sebelum menyedari keretanya sudah terbakar.

Katanya, tanpa berlengah, mangsa segera memadam kebakaran keretanya itu bagi mengelak ia merebak dan membahayakan jiran yang tinggal bersebelahan.

Menurutnya, kereta mangsa terbakar di bahagian depan dan belakang manakala cermin hadapannya berlubang dipercayai di baling botol berisi petrol.

“Siasatan awal mendapati, rakan serumah mangsa yang juga bertugas di balai polis sama ada mengeluarkan saman kepada seorang lelaki yang menaiki motosikal kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah serta tidak memakai topi keledar di sekitar Klang kira-kira jam 3 pagi, hari yang sama.

“Namun, lelaki terbabit yang berusia 20-an itu berang kerana disaman dan mengeluarkan kata kesat dan mengugut rakan serumah mangsa itu.

“Tidak gentar dengan ugutan itu, rakan serumah mangsa tetap mengeluarkan saman. Namun, dia tidak menyangka lelaki itu akan membalas dendam dengan membakar kereta yang disangka kereta anggota polis yang menyamannya,” katanya.

Sumber berkata, sepasukan polis berjaya menahan empat lelaki di sekitar Klang dan seorang daripada mereka mengaku membakar kereta rakan mangsa yang disangka kereta mangsa menggunakan minyak petrol bersama dua lagi rakannya. Sumber

Remaja 16 Tahun Rogol Guru Tadika Di Berkas

Gambar Hiasan
Kajang - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.


Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.

Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.

“Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

“Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu,” katanya.

Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

“Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.

“Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mymetro.


Lelaki 3 Isteri Perkosa "Anak Angkat" 13 Tahun!!! 

Hulu Klang: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.

Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.

Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.

Bagaimanapun pada pertengahan Oktober lalu suspek mengajak mangsa melakukan seks dengan paksaan di hotel sekitar selayang. sumber

No comments:

Post a Comment