ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BENARKAH INI ADALAH 6 LEBUH RAYA PALING BAHAYA DI MALAYSIA ???

Monday 23 December 2013

BENARKAH INI ADALAH 6 LEBUH RAYA PALING BAHAYA DI MALAYSIA ???


Pada tahun 2010, terdapat 6,872 kemalangan maut yang berlaku di Malaysia. Reka bentuk lebuh raya yang tidak sesuai dan dianggap bahaya adalah diantara penyumbang utama statistik kemalangan di Malaysia.

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.

Selain daripada keadaan lebuh raya yang dianggap bahaya, penggunaan jumlah kereta yang tinggi ketika waktu-waktu puncak atau musim-musim perayan dan juga sikap pemandu jalanraya sendiri juga turut menyumbang kepada statistik kemalangan yang tinggi.

6 Lebuh Raya Paling Bahaya Di Malaysia Adalah Seperti Berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan

Lebuhraya Utara-Selatan

Pada 10 Oktober 2010, dua belas orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Km 223 di Lebuhraya Utara -Selatan, berhampiran Simpang Ampat Interchange, Melaka.

Pada 6 Disember , 2013, tiga warga Singapura pemilik Lamborghini yang berdaftar terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban .

Lebuh Raya Karak 

Lebuh Raya Karak

Jalan raya yang menghala ke Genting Highlands dan Bentong merupakan antara tempat berhantu yang telah mengorbankan ratusan nyawa pengguna jalan-raya.

Pada 28 Januari 1990, 17 orang termasuk 11 FRU terbunuh apabila berlaku kemalangan melibatkan kenderaan polis, sebuah lori tangki, sebuah bas penumpang dan 10 kereta di kilometer 32.5 lebuh raya tidak jauh dari Genting Sempah di Gombak, Selangor .

Pada 22 Ogos 2013, sebuah kemalangan jalan raya yang dianggap paling teruk di Malaysia berlaku apabila bas terjunam ke dalam gaung di jalan Genting-KL. Seramai 40 orang terkorban.



Lebuh Raya Persekutuan


Lebuh Raya Persekutuan

Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan terkenal dengan bahayanya terhadap penunggang motosikal. Ianya gelap, sempit, tidak diselenggarakan dengan baik. Banyak benda-benda tajam seperti paku berada di atas jalan tersebut. Sikap penunggang motosikal juga adalah antara penyumbang tegar kepada statistik kemalangan.

Pada 16 Jun 2013. tiga remaja terbunuh dan satu lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki di merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Shah Alam.



Simpang Pulai Cameron Highland

Simpang Pulai Cameron Highland

Pada 20 Disember, 2010, tragedi kemalangan yang berlaku di KM15 Jalan Cameron Highland - Simpang Pulai meragut nyawa 25 warga Thailand yang telah bercuti di resort bukit di Cameron Highland.

Sewaktu melalui jalan tersebut, kawalan kereta yang baik amat perlu terutama ketika menuruni bukit dari Cameron Highlands. Kerana cerun yang agak curam, mungkin mempengaruhi kawalan kereta. Jika tidak berhati-hati ianya pasti mengundang padah.



Mangsa Yang Terselamat Dalam Lipis Merapoh

Lebuh Raya Lipis Merapoh

Pada 23 November, 2003, 14 orang terbunuh apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan bas yang lain di Km63, Jalan Lipis - Merapoh berhampiran sempadan Pahang - Kelantan.



Lebuh Raya Pan Borneo 

Lebuh Raya Pan Borneo

Lebuh Raya Pan Borneo antara Bintulu dan Miri memang terkenal dengan kemalangan maut. Sudah banyak kemalangan maut yang berlaku melibatkan bas ekspres yang telah mengorbankan banyak nyawa.


Polis telah mengklasifikasikan 35 blackspots di sepanjang lebuh raya tersebut. Yang paling dahsyat adalah di Jalan Bintulu - Tanjung Kidurong, di mana 23 orang telah terkorban sejak 2011.

Berhati-hati semua. Ingat lah mereka yang tersayang sewaktu memandu. Pastikan kereta berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Kesihatan diri juga perlu dijaga. kalau mengantuk singgahlah dimana-mana untuk merehatkan mata.


No comments:

Post a Comment