ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: INI BARU BETUL SLOGAN "PAS FOR ALL" !!!

Wednesday 25 December 2013

INI BARU BETUL SLOGAN "PAS FOR ALL" !!!


SEBENARNYA aku dah tak hairan sangat apabila sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam dipergunakan oleh penganut agama lain kerana dulu moto mereka adalah 'PAS FOR ISLAM' tetapi sejak bertahaluf siyasi bersama DAP dan PKR moto parti PAS terus bertukar kepada 'PAS FOR ALL'.

Ini baru betul cara Islam dengan membiarkan bendera malah akidah ribuan penyokong PAS diperjudikan.

Apa nak dihairankan dengan tingkah laku mereka?

Sedia maklum dalam PAS ada beberapa dewan yang mewakili setiap golongan seperti Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimah PAS, Dewan Ulama' PAS dan yang terbaru sejak bertahaluf siyasi bersama DAP mereka meluluskan satu lagi dewan iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai oleh ahli-ahli bukan beragama Islam.

Dewan Himpunan Penyokong PAS juga dalam Muktamar PAS yang lepas boleh mengundi bagi menentukan kepimpinan peringkat pusat. Majoriti ahli DHPP adalah dari masyarakat India namun kerana mahu menarik sokongan kaum Cina, Ketua DHPP adalah Hu Pang Chaw dari masyarakat Cina.

Jadi jangan terkejut sangatlah dengan penggunaan bendera PAS pada keranda mayat orang India kerana mungkin si mati adalah ahli PAS yang berdaftar.

PAS bukan lagi sebuah parti berasaskan bangsa dan agama dengan kemasukan ahli bukan beragama Islam dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

No comments:

Post a Comment