ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT !!! KDN DEDAH 10 BUKTI KAITKAN MAT SABU DENGAN SYIAH !!!

Friday 13 December 2013

HOT !!! KDN DEDAH 10 BUKTI KAITKAN MAT SABU DENGAN SYIAH !!!


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mendedahkan pembabitan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, dengan fahaman Syiah berdasarkan pendedahan 10 bukti membabitkan tokoh pemimpin berkenaan.

Pendedahan itu dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang turut mendedahkan pemimpin nombor dua PAS itu terbabit secara aktif menerusi tulisan, ceramah, temuramah dan amalan yang menjurus kepada fahaman Syiah.

Antara bukti yang disenaraikan ialah Mohamad Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Imam Khomeini yang mengamalkan fahaman Syiah melalui tulisannya dalam sebuah akhbar tempatan.

Berdasarkan maklumat KDN, Mohamad Sabu juga pernah menghadiri kelas agama yang dikendalikan ustaz berfahaman Syiah di Perak pada 2011.

Abdul Rahim berkata, KDN dan JAKIM serta JAIN akan berganding bahu memerangi ajaran Syiah.



“Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005,” kata Abdul Rahim.
Abdul Rahim berkata Mohamad juga pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.
Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.
“Ketika mengulas mengenai perutusan hari Krismas pada tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma tujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan,” kata beliau.



No comments:

Post a Comment