ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MACAM NI KE USTAZ PAS ??? JENIS KAWAN MAKAN KAWAN !!!

Monday, 2 December 2013

MACAM NI KE USTAZ PAS ??? JENIS KAWAN MAKAN KAWAN !!!


Laman-laman sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter semenjak semalam begitu heboh dengan posting seorang yang mendakwa sebagai seorang ustaz yang secara jelas cuba memfitnah atau sekurang-kurangnya cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap penceramah bebas, Ustaz Mohamed Kazim Elias.

Di dalam postingnya itu dia cuba menggambarkan kononnya telah dihubungi oleh Ustaz Kazim yang ingin menjelaskan berhubung tawaran Presiden Umno untuk melantik penceramah bebas itu sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT).

Melalui transkrip tersebut dia mengatakan kononnya Ustaz Kazim telah dijanjikan ‘habuan’ berupa bantuan untuk pusat pengajian kelolaan Ustaz Kazim serta turut ditawarkan jawatan di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam) dan sebagainya.

Paling menarik, disebabkan posting tersebut, ahli agama yang juga merupakan Pengasas dan pengetua, Pusat Pendidikan Al-Barakah itu telah dilemparkan dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian. Malah tidak kurang juga ada yang merasakan tokoh agama itu seperti lalang dan sebagainya kerana sanggup menggadaikan usaha dakwah demi jawatan.

Menyedari akan perkara itu, Ustaz Kazim segera menjawab kembali tohmahan tersebut bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan. Berikut adalah kenyataan penuhnya bagi menjawab isu yang dibangkitkan itu.

Respons dari UKE atas fitnah lobai ini terhadapnya

Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:
“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat”(Riwayat al-Bukhari).

Paling memalukan, apabila mereka-mereka ini sering mendakwa sebagai pejuang Islam yang sebenar. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut berlakon dengan perwatakan dan pakaian bagi menipu masyarakat dengan imej Islam.

Namun tidak semua yang membaca posting tersebut percaya dengan penipuan yang dilakukan oleh ustaz yang menggunakan nama Mohd Akmal Kamarudin itu. Tambah menarik dia dengan jelas menggunakan lambang Pas sebagai logo untuk gambar profilenya.


Credit:MYKMU

No comments:

Post a Comment