ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU SYIAH : MAT SABU ENGGAN KOMEN TAPI MAHU SAMAN @Zahid_Hamidi !!!

Wednesday 18 December 2013

ISU SYIAH : MAT SABU ENGGAN KOMEN TAPI MAHU SAMAN @Zahid_Hamidi !!!

Mohamad dan Hanipa dalam sidang media di ibu pejabat PAS
Walaupun sudah ambil keputusan menyaman Datuk Seri Zahid Hamidi tetapi keenggannya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengiyakan atau menafikan dakwaan beliau berfahaman Syiah terus jadi tanda tanya.
Dalam sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa, Mohamad atau Mat Sabu enggan membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan itu.
Sebaliknya anak guam beliau Hanipa Maidin yang hadir sama menegaskan, “ tidak perlu menafikan tuduhan itu sebab kita sudah failkan saman fitnah”
Menurut Mat Sabu, tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri itu ekoran kenyataannya pada perhimpunan Agung UM NO baru-baru ini yang mengatakan beliau berfahaman Syiah.
“Saya tidak akan buat apa kenyataan, (Saya) nak cakap harga barang, rasuah dan sebagainya, banyak lagi hal yang melibatkan rakyat. Buat apa nak cakap hal ini?
“Daripada saya jangan tanya apa lagi, saya cuma nak cakap soal harga barang, Rosmah naik jet dan lain-lain, saya tak mahu cakap lagi berkenaan perkara ini,” jawabnya ketika diajukan sama ada beliau ingin membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.
Hanipa yang juga ahli Parlimen PAS Sepang bertegas bahawa kenyataan Zahid itu berunsur fitnah dan segala bukti yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini merupakan sesuatu yang tidak relevan.
“Kita sudah buat keputusan, sepuluh ke 20 bukti ke pencetusnya ialah Datuk Seri Zahid, jadi Mat Sabu akan lawan Zahid, sebab beliau sudah buat kenyataannya yang tidak provokatif oleh Mat Sabu, tiba-tiba beliau kata Mat Sabu Syiah.
“Dia juga mengaitkan Syiah itu sesat dan mengancam keselamatan negara, jadi persoalannya bila dikaitkan Mat Sabu dia juga mengatakan secara tidak langsung Mat Sabu ini mengancam keselamatan negara dan juga sesat,” katanya.
Hanipa bagaimanapun menegaskan bahawa Mat Sabu tidak perlu membuat sebarang penafian berkenaan perkara ini memandangkan isu ini dimulakan dengan kenyataan Zahid yang berunsur fitnah dan boleh menjatuhkan integriti dan maruah Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS dan juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru.
“Isunya ialah dia tuduh Mat Sabu sebagai pemimpin besar Syiah, sesat dan juga mengancam keselamatan negara, itu pada awal sudah fitnah. Mat Sabu telah ambil pendirian dia tidak akan buat sebarang kenyataan berkenaan perkara itu
“Bukan masalah penafian, tidak perlu menafi sebab kita sudah failkan saman fitnah, bila fitnah ini beban bukti itu telah beralih kepada penuduh untuk membaw bukti, kalau dia bawa bukti dekat luar itu tidak relevan, Mat Sabu tidak perlu buat penafian kepada perkara itu,” katanya lagi.
Bagaimanapun menurut peguam itu, Zahid diberikan peluang untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf bagi mengelak tindakan saman.
Langkah yang diambil oleh Mat Sabu hanya menambah teka teki pelbagai pihak yang mahu jawapan sebenarnya daripada beliau malah ada mencadangkan angkat sumpah.

No comments:

Post a Comment