ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WAHAI PENYOKONG PEMBANGKANG !!! SUDAH2LAH SALAHKAN USTAZ KAZIM, DENGARLAH SENDIRI LUAHAN BELIAU !!! (VIDEO INSIDE)

Sunday 1 December 2013

WAHAI PENYOKONG PEMBANGKANG !!! SUDAH2LAH SALAHKAN USTAZ KAZIM, DENGARLAH SENDIRI LUAHAN BELIAU !!! (VIDEO INSIDE)


Belum apa-apa lagi macai-macai Pakatan Pembangkang dah maki dan kutuk Ustaz Kazim Elias yang dilantik Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tidak mustahil ini semua kerja mereka yang cukup tidak senang bila ulama seperti Ustaz Kazim Elias dilantik dalam dewan tertinggi UMNO.

Mereka takut ramai umat Islam akan menyokong Umno kerana kini terbuka menerima ulama dalam parti.

Dengarlah sendiri antara luahan Ustaz Kazim Elias yang mendapat kecaman dan kutukan yang cukup hebat dari pembangkang ekoran beliau telah dilantik Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


"Sekarang ini heboh orang cakap saya ahli politik, saya bukan ahli politik. Semua wartawan cari saya...malam ini pun ada yang datang cari saya."
"Tetapi saya akan cakap 'no comment', saya akan bagi sidang media di Kuala Lumpur."
"Jika ada orang politik meminta bantuan saya, saya sanggup untuk kepentingan agama dan umat Islam,"
"Mengapa saya harus menolak, sedangkan saya ingin menolong agama. Saya bukan kaki bodek, saya bukan ahli korporat dan saya bukan ada kepentingan apa-apa."
"Apabila orang memberi kepercayaan kepada saya, saya akan gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan,"

Sidang Media Ustaz Kazim Elias di PPR Sg Bonus, Setiawangsa. 
Beliau tegaskan akan berjumpa dengan Perdana Menteri sebelum mengambil keputusan menerima @ menolak pelawaan UMNO untuk mengisi jawatan MT. Belau masih lagi ahli PAS dan menegaskan Pemimpin PAS khususnya di Perak seharusnya malu kerana tidak pernah menjemputnya dalam sebarang program. Beliau terharu dengan sikap keterbukaan UMNO yang melantik beliau sebagai MT walaupun masih lagi sebagai PAS. Tetap akan komited meneruskan kerja dakwah kepada semua umat Islam di Malaysia.

Luangkanlah sedikit masa anda untuk mengikuti pendedahan yang boleh "MENGUBAH" tanggapan kita kepada Ustaz Kazim Elias....

No comments:

Post a Comment