ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: January 2015

Saturday, 31 January 2015

HARGA PETROL TURUN LAGI MULAI 1 FEB 2015


KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.

PAS SEDIA KELUAR PAKATAN ???


Betapa jauhnya hujah Hadi menyimpang daripada realiti politik semasa. Malah jauh menyimpang daripada dasar PAS sejak kepimpinan ulama mengambil alih parti itu.

Hujah menyeleweng

Sejak 1990an, kepimpinan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat menentang perkauman. Bagi Nik Aziz keimanan diutamakan. Islam didahulukan sebelum Melayu. Kerana itu Nik Aziz membenarkan salah seorang pemimpin PAS Kelantan berbangsa Cina Annuar Tan bertanding di DUN Kota Lama, Kota Bharu.

Bagaimanakah untuk menyesuaikan hujah Hadi bahawa pilihan raya majlis tempatan hanya akan menguntungkan Cina di bandar? Bukankah PAS juga menempatkan calon etnik Cina bertanding di kawasan Cina dan India di kawasan India dalam pilihan raya umum lalu?

Hujah Hadi menyeleweng daripada perjuangan parti itu apabila mahukan Datuk Bandar dilantik. Bukankah hujah yang sama dimainkan Umno untuk mengekalkan sistem lantikan terus majlis tempatan, iaitu bagi membolehkan orang Melayu menduduki kerusi Datuk Bandar di kawasan penduduk Cina.

Bagi PAS, sejak 20 tahun lalu mereka lebih senang menempatkan Cina atau India yang menjadi ahli parti atau ahli kelab penyokong untuk bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu kerana percaya hanya individu dari sesuatu kaum yang tahu adat resam dan buadaya kaum berkenaan.

Dasar sederhana yang diperkenalkan sejak era Presiden PAS Fadzil Noor memimpin parti itu kini mahu dijungkir balik oleh Hadi yang berfahaman ekstrem. Fahaman ini akan membawa PAS ke era 1970an. Iaitu keadaan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Ketika itu, demi menyelamatkan Melayu, Yang Di Pertua PAS Asri Muda membawa parti itu bersekutu dengan BN. Persekutuan ini hanya bertahan selama kurang 7 tahun sebelum Umno menendang PAS dengan muslihat licik pada 1978.

Persekongkolan Umno-PAS atau percubaan ke arahnya amat ditentang keras oleh Nik Aziz, Yusof Rawa dan Fadzil Noor. Hal itu yang menyebabkan PAS dijenamakan semula pada 1980an sebagai parti yang mendahulukan Islam berbanding kaum. Perjuangan Islam juga dipakejkan dengan amalan pentadbiran telus, akauntabiliti dan efisen di Kelantan.

Namun dalam setahun ini, Hadi menghancurkan semua yang dibina oleh generasi terdahulu. Kepercayaan etnik Cina dan India kepada PAS diperolehi secara sangat sukar dengan penubuhan CCC pada era Fadzil Noor. Sehinggalah saga Anwar Ibrahim membantu PAS pada 1998.

Keadaan kembali merosot apabila Hadi mengisytihar negara Islam pada 2003 dan PAS kalah teruk pada PRU 2004. Cina dan India kembali mempercayai PAS apabila Anwar bangkit semula menjelang PRU 2008. Nik Aziz dijadikan jaminan PAS tidak akan menyeleweng.

Kini, PAS masuk ke zaman pasca Nik Aziz. Masyarakat berbilang kaum mengharapkan kepimpinan Hadi akan lebih baik, atau sekurang-kurangnya meneruskan apa yang telah diasaskan oleh Fadzil dan Nik Aziz. Malangnya PAS kembali ke era belum kenal gabungan politik. PAS mahukan pemerintahan yang hanya berpaksikan parti itu semata-mata. Hadi menggunakan terlalu banyak Majlis Syura Ulama ketika krisis perlantikan MB Selangor.

Lunas demokratik

Sedangkan majlis syura ini tidak digunakan untuk memveto keputusan pada zaman Fadzil. Puak profesional PAS ketika itu menarik komitmen bukan Islam dengan hujah setiap pemimpin PAS telah diasuh dengan budaya demokrasi dan dipilih secara demokratik untuk menjadi pemimpin. Masakan pemimpin itu mengetepikan demokrasi sekiranya mereka memerintah negara.

Terbukti hari ini Hadi bertindak tidak mengikut lunas demokratik. Beliau mahukan Malaysia bergerak seperti Iran, majlis syura menentukan segala-galanya. Terdapat pengawal republikan yang memastikan rakyat membuat apa yang dibenarkan oleh pemerintah sahaja.

Tidak mungkin rakyat Malaysia akan menerima cara pemerintahan seperti ini. Cara Hadi hanya boleh dicapai melalui revolusi, sebagaimana revolusi Iran. Dan tentunya revolusi seperti itu jika dipimpin PAS tidak akan mendapat sambutan bukan Islam.

Jadi, adakah pilihan lain bagi Hadi? Peluang nampaknya boleh diraih dengan kerjasama bersama Umno yang inginkan Hudud di Kelantan. Tetapi adakah Umno mahukan Islam sepenuhnya? Jika mahu menukar Malaysia menjadi Iran tentu sekali Umno yang pertama akan melancarkan muslihat untuk menumpas dan memenjarakan pemimpin PAS.

PAS tidak akan ke mana-mana dengan politik yang tanpa arah ini. Pakatan Rakyat tentunya tidak sebulu dengan parti itu dan Umno BN juga akan mengkhianati mereka jika bergabung sebagaimana era 1970an.

Bagi ahli PAS, mereka harus sedar agenda yang mahu dibawa oleh golongan di sekeliling Hadi ini.

Jika pada dua dekad lalu Melayu menolak PAS dan menjadikan pemimpin parti itu tukang debat kedai kopi, PRU ke 14 akan menyaksikan pemimpin PAS menghuni kedai kopi semula jika kenyataan-kenyataan yang kurang rasional terus dikeluarkan mereka.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya pandangan rasmi suarapakatandaily

PANAS !!! PENGAKUAN BERANI GADIS CANTIK DARI KELANTAN !!!


Astaghfirullah al azim...... istighfar panjang apabila membaca pengakuan dan pendedahan yang dikongsikan oleh gadis remaja ini. Segalanya akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.

Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.

“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi. 

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya.

Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa.

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.

“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan. 

“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.

Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.

“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama. 

“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya.
kamithemedia

"SAYA ADA BUKTI" - MUSTAFA


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan kepimpinan DAP supaya tidak mencampuri perbalahan yang berlaku antara beliau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tegasnya, isu tuduhan berbohong berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang hanya membabitkan beliau dan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Saya membaca kenyataan Anthony Loke serta Zairil Khir Johari dan saya dapati bahawa kedua-duanya sama ada tak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu.

"Isu sebenar adalah mudah...bahawa saya cabar Guan Eng kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata pendekatan Mustafa mencabar Lim  berdebat seolah-olah ingin 'membakar jambatan' dengan DAP dan menganggap parti itu sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat.

Sementara Zairil pada Jumaat menggesa Mustafa menyelesaikan perselisihan faham dengan DAP secara tertutup atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau berasa Guan Eng tidak jujur.

Kenyataan kedua-dua pimpinan DAP itu timbul selepas Mustafa mencabar untuk bersemuka dengan Guan Eng bagi menyelesaikan isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut Mustafa sekali lagi mengulangi cabarannya untuk berdebat dengan Guan Eng bagi menegakkan kebenaran.

"Bagi saya jalan yang dicadangkan Zairil agar saya ke mahkamah adalah panjang. Ia tidak akan menyelesaikan isu dengan cepat.

"Kepada Loke, dia tidak payah berbelit. Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini.

"Oleh itu, carilah masa yang sesuai dengan saksi. Saya akan buktikan dia berbohong," tegasnya.

Tambah Mustafa, pertikaian yang dibangkitkannya adalah penting kerana ia membabitkan isu integriti mereka sebagai pimpinan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah soal intergriti sesaorang. Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan intergritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Begitu juga Guan Eng dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi Pakatan. Isu intergriti ini penting untuk menjaga kepentingan Pakatan Rakyat dan ia mesti diselesaikan," katanya.

mStar

PIPI BUDAK 8 TAHUN TERTUSUK MATA KAIL


RANTAU PANJANG – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, terpaksa menahan derita lebih dua jam apabila mata kail ikan tertusuk ke pipinya, jam 11 pagi semalam.

Walaupun kail tertusuk ke pipi selama dua jam, bapa, Azizol Che Aziz, 34, berkata, anak sulungnya dari tiga beradik itu, Muhammad Hafiz Afnan, 8, tidak menitiskan air mata sepanjang operasi mengeluarkan mata kail berkenaan.

Menurutnya, jika perkara sama berlaku pada kanak-kanak seusianya malah melihat mesin pemotong dan berhadapan dengan doktor di hospital, mereka pastinya menangis dan merengek.

“Saya berbangga dengan keberaniannya, tetapi dalam masa yang sama gerun memikirkan keselamatan anak ketika operasi mengeluarkan mata kail tersebut.

“Saya hanya mengetahui kejadian ini daripada rakannya yang pulang bersama selepas mendapati dua mata kail sepanjang dua inci tertusuk ke pipi kanannya,” katanya.
 
Azizol yang bekerja sebagai penyembelih lembu berkata, difahamkan rakan anaknya menggunakan dua mata kail berukuran dua inci dan menggunakan umpan katak plastik sebelum melontarnya ke Sungai Tasik Kati.
 
Lontaran itu katanya, terkena pada pipi kanan Muhammad Hafiz ketika dia berada di belakang rakannya.

Menurutnya, memandangkan pasukan bomba mempunyai kelengkapan lebih canggih, pihak doktor di Hospital Pasir Mas menyerahkan tugas menyelamat kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas.
 
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan kail berkenaan dari pipi Muhammad Hafiz.
 
“Kami memotong kail itu menggunakan mesin pemotong hidraulik kemudian menariknya dengan ‘playar’ tahan karat.

“Disebabkan kail berkenaan melekat pada daging pipi, pihak hospital menggunakan bius bagi mengurangkan kesakitan dan jangkitan kuman,” katanya.

Sinar Online

GAMBAR TERKINI NIK AZIZ





MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 : VIRUS TERSINGKIR DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR


Shah Alam: Nasib tidak memihak kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor di sini sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.
Sejak awal lagi, Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.
Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.
Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.
Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.- hmetro

Friday, 30 January 2015

BUDAK 12 TAHUN RAHSIAKAN DIROGOL DATUK TIRI


Selandar – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya.

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.

LAGI KES KANAK-KANAK MAUT JATUH BANGUNAN


Kuala Lumpur – Berselang dua hari, satu lagi kes kanak-kanak maut akibat jatuh bangunan dilapor berlaku yang kali ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari balkoni tingkat lapan sebuah apartmen di Taman Nirwana, Ampang pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 8 pagi ketika Mohd Hadif Hadfi Mohd Nazim, 5, berseorangan di rumahnya di Apartment Ketapang Villa.

Menurut bapanya, Mohd Nazim Moin, anaknya itu dipercayai memanjat balkoni dengan berpijak kepada basikalnya selepas membuka pintu gelangsar rumah mereka.

Beliau berkata anak bongsunya itu dijumpai mati tertiarap dengan kecederaan parah di kepala di tingkat bawah oleh penghuni lain yang memaklumkan kepada pembantu rumahnya yang baru balik dari membeli barangan di kedai berdekatan.

Anaknya yang sedang tidur ketika itu ditinggalkan pembantu rumahnya untuk ke kedai, katanya.

“Menjadi kebiasaan, anak saya akan bangun antara pukul 10 dan 11 pagi.

Namun hari ini dia dipercayai bangun lebih awal dari biasa. Saya percaya dia memanjat balkoni kerana mahu mencari pengasuhnya,” kata Mohd Nazim yang bekerja sebagai seorang jurutera.

Beliau dan isterinya ketika itu keluar bertugas.

Mayat Mohd Hadif Hadfi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru petang tadi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata pihaknya sedang menyoal siasat pembantu rumah warga Indonesia berusia 45 tahun itu serta penghuni yang lain.

Rabu lepas seorang kanak-kanak turut maut selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat enam Projek Perumahan Rakyat di Kota Damansara.

NIK AZIZ SEMINGGU LAGI DI HOSPITAL


Kota Bharu: Kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin menunjukkan perkembangan positif dan dijangka keluar wad dalam tempoh seminggu lagi.

Anaknya Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya juga semakin berselera untuk makan dan boleh melakukan pergerakan ringan.

"Doktor memaklumkan ayah boleh keluar hospital dalam tempoh seminggu apabila beliau semakin menunjukkan perkembangan positif setiap kali menjalani rawatan termasuk fisioterapi.

"Keluarga juga sedang siapkan kemudahan sesuai untuknya di rumah," katanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.

Perkembangan terbaru itu sekali gus menafikan desas desus bertebaran di laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang mengatakan pemimpin berkenaan meninggal dunia.
Nik Abdul Aziz dimasukkan ke HUSM sejak beberapa minggu lalu berikutan kanser prostat dihidapinya.-hmetro

"GUANG ENG PEMBOHONG" - TAKIYUDIN

alt

Pergolakan politik antara Pas dan DAP dilihat semakin parah.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai ‘berbohong’ apabila mengeluarkan kenya­taan bahawa kedua-dua parti tersebut tidak pernah mengadakan perbincangan tentang perlaksa­naan hukum hudud di negeri ini.

Pendedahan Takiyudin itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng sebelum ini yang menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung parti itu, Mustafa Ali tidak jujur berhubung isu perlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tegas Takiyudin, kedua-dua parti itu pernah mengadakan perbincangan rasmi mengenai perkara itu pada tahun 2012 yang turut dihadiri pemimpin tertinggi DAP seperti Penasihatnya, Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh dan beberapa lagi pemimpin lain.

“Saya hendak sebut di sini, dia (Guan Eng) pernah kata Pas tidak pernah bincang mengenai hudud dengan DAP. Padahal pada tahun 2012 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 telah ada perbincangan mengenainya (hudud) yang bertempat di pejabat DAP di Kuala Lumpur.

“Ia telah dihadiri semua pemimpin tertinggi DAP termasuk Kit Siang, Karpal dan dari Kerajaan Pas Kelantan pula diwakili saya, Datuk Mohd. Amar Abdullah (Timbalan Menteri Besar), Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri ) dan Mustafa sendiri.

“Tuduhan Guan Eng bahawa Pas tidak pernah bincang dengan DAP mengenai hudud adalah tidak betul. Saya sebagai Ahli Parlimen juga telah beri penerangan mengenai undang-undang ini kepada Ahli Parlimen DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Guan Eng yang sejak akhir-akhir ini terus menyerang Pas termasuk terbaharu berhubung isu perlaksanaan pilihan raya PBT.

Guan Eng sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan dalam sebuah portal propembangkang yang mendakwa beliau telah menghubungi Abdul Hadi dan Mustafa untuk berbincang tentang perlaksanaan pilihan raya PBT sebelum memulakan kempen undi di Pulau Pinang.

Kenyataan Guan Eng itu sekali gus telah mengundang ketegangan antara kedua-dua parti itu apabila semalam Mustafa melepaskan geram dengan mencabar Guan Eng bersemuka sambil menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai seorang bermulut celupar kerana mengeluarkan kenyataan tidak betul.

Sementara itu, Takiyudin menyokong penuh kenyataan Mustafa yang menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar sambil mengharapkan ia akan memberi kesedaran kepada pemimpin DAP itu.

“Kenyataan itu adalah adil apabila Setiausaha Agung DAP itu terus menyerang Pas. Itulah reaksi sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyudin berkata, Pas tetap akan tetap melaksanakan hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

“Mereka tidak setuju, dia perlu hormati Pas. Enakmen ini sudah ada sejak tahun 1993 lagi sebelum wujudnya pakatan pembangkang pada tahun 2008,” katanya.
RakyatNews

BAHAYA AMALKAN MINUM 'TEH O AIS'


Tea @ teh sudah dibuktikan baik untuk minuman antioksidan. Namun tidak selamanya pengambilan teh baik untuk kesihatan. Mungkin minuman yang biasa yang anda akan pilih untuk menemani semasa santai atau selepas makan. Segelas teh o ais yang segar atau air putih?

Sebuah kajian terbaru yang disiarkan Health News Daily, menuliskan risiko mengambil teh ais, yang ternyata dapat menyebabkan batu karang. Kajian ini dilakukan oleh Loyola University Medical Center. Mereka menjelaskan jika minuman teh yang disediakan sejuk mengandungi oksalat yang cukup tinggi.

Zat kimia ini menyebabkan pembentukan kristal-kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam. Tidak hanya teh saja yang mengandungi oksalat, jenis makan lain seperti bayam, rhubarb coklat, dan kacang juga masuk dalam senarai makanan tinggi oksalat.

Walaupun kristal ini tidak berbahaya, namun para penyelidik mengatakan jika pegumpulan Kristal mungkin terjadi. Ini akan mengganggu aliran urin dari ginjal ke pundi kencing, dan akan menyebabkan rasa sakit yang teruk.

“Bagi orang yang mempunyai kecenderungan memiliki gangguan fungsi buah pinggang, teh ais adalah minuman yang paling tidak disyorkan,” papar Dr. John Milner, pembantu profesor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch.

“Seperti orang lain, saya juga sangat suka menikmati teh ais semasa cuaca panas, namun jangan berlebihan.”

Seperti dimaklum, kekeringan adalah salah satu penyebab gangguan buah pinggang, dan tea ais mungkin adalah penyebab meningkatkan risiko ini. Untuk mengelakkan penyahhidratan ini, air putih tetap menjadi pilihan terbaik.

Apa pun kalau nak minum tu boleh… cuma jangan berlebihan atau keterlaluan.. Kalau tea o suam atau panas lebih bagus tanpa ais.

Thursday, 29 January 2015

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.


MH370 DIISTIHARKAN KEMSLANGAN DIPERSETUJUI CHINA & AUSTRALIA


KUALA LUMPUR: Pengisytiharan bahawa insiden pesawat MH370 adalah satu kemalangan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia, China dan Australia.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengumuman itu dibuat bagi membolehkan keluarga penumpang dan kru MH370 meneruskan kehidupan mereka.
"Ini adalah satu ketika yang getir untuk waris penumpang dan kru. Ingatan dan doa saya serta rakyat bersama kamu pada saat kesusahan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini .
Petang Khamis, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam siaran televisyen secara langsung mengisytiharkan insiden MH370 adalah satu kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan kru di dalamnya dianggap mati.
Namun, Liow berkata pengumuman itu tidak memberi kesan kepada operasi pencarian.
"Pencarian akan diteruskan.  Kerajaan Malaysia, China dan Australia masih terus komited kepada pencarian yang berterusan," katanya.
Berkenaan operasi mencari, Liow berkata baru-baru ini Malaysia telah menghantar aset tambahan di kawasan pencarian.
Empat kapal, termasuk Fugro Supporter yang telah tiba untuk membantu pencarian di dalam air kini menyertai pencarian itu.
Beliau berkata, laman sesawang MH370 telah dipertingkatkan dan kini mengandungi seksyen khas untuk para waris.
Liow juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan China dan Australia termasuk juga negara dan individu yang menghulurkan bantuan mereka dalam insiden itu.
"Malaysia sangat terhutang budi kepada setiap negara dan individu yang telah membantu kami.  Kami mengucap terima kasih di atas sokongan semasa satu daripada tempoh yang amat mencabar dan menyukarkan dalam sejarah penerbangan," kata beliau. - mStar

MANUSIA MAKIN KELIRU


Manusia semakin keliru dan dikelirukan apabila ahli agama melontarkan hujah dangkal setaraf juhala'.

Lantaran itu manusia sukar membezakan antara kesesatan dan dosa.

Adapun meninggalkan solat itu suatu dosa. Menyatakan ia tidak wajib suatu kesesatan yang menyesatkan.

Adapun membuka aurat itu suatu dosa. Menyatakan ia tidak berdosa merupakan suatu kesesatan yang menyesatkan.

Adapaun berdemo itu harus selagi tidak menyusahkan masyarakat. Menyatakan ia sunnah Nabi dan mendapat pahala jihad merupakan suatu kesesatan yang menyesatkan.

Dosa biasanya dilakukan oleh mereka yang jahil dan kurang kekuatan iman.

Menyesatkan biasanya dilakukan oleh ahli agama dengan maksud tujuan tertentu.

Maka, ramailah di kalangan ahli agama tersebut yang tersesat dan memainkan peranan menyesatkan si jahil berbanding membimbing ke arah jalan-jalan yang benar.

Manusia semakin keliru.

PM @NajibRazak LANCAR TAPAK RUMAH BARU MANGSA BANJIR DI MANEK URAI, KUALA KRAI


Datuk Seri Najib Razak tiba di majlis pelancaran rumah kekal bagi mangsa banjir Kerajaan Persekutuan negeri Kelantan di Manik Urai Lama di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri turut melakukan gimik perasmian dengan menuang simen ke dalam lubang tiang tapak rumah berkenaan.

Bagi memudahkan kerajaan Pusat membantu membina semula penempatan bagi mangsa banjir di Kelantan akibat bah besar sebelum ini Perdana Menteri telah meminta kerajaan negeri menyediakan tanah sebagai tapak rumah.

“Saya telah meminta MB Kelantan beri tanah atau tapak rumah untuk bina rumah kekal bukan untuk kepentingan parti tapi demi kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap selepas merasmikan program bantuan mangsa banjir di sini.

Selain itu, beliau yang ditemani Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluangkan masa kira-kira 15 minit mendengar taklimat perkembangan pembinaan rumah mangsa banjir di jajahan berkenaan.
KETIBAAN YAB PM DI LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA (LTSIP) JAM 9.56 PAGI DISAMBUT OLEH PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN, YB DATO' SERI MUSTAPA MOHAMED BERSAMA AHLI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN
YAB PM DI TAPAK MAJLIS PELANCARAN RUMAH KEKAL MANGSA BANJIR DI MANEK URAI LAMA.
YAB PM DIBERI TAKLIMAT OLEH PIHAK KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN MELAKUKAN GIMIK PERASMIAN DENGAN MENUANGKAN SIMEN KE DALAM TAPAK RUMAH.
YAB PM MENINJAU TAPAK MESIN PEMPROSESAN AIR BERSIH MENGGUNAKAN UDARA YANG DSUMBANGKAN OLEH BNBBC DI MANEK URAI LAMA.
YAB PM BERUCAP DI SEK KEB MANIK URAI BARU

Credit : FB Hishamuddin Ab Rashid