ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI !!! MISTERI KEHILANGAN 3 BERADIK TERJAWAP !!!

Monday 2 December 2013

TERKINI !!! MISTERI KEHILANGAN 3 BERADIK TERJAWAP !!!

 Nur Izzati Husna Rusdi (12 tahun) / Noor Syafikah Nadia Abdullah (14 tahun) / Puteri Nurul Akma (3 tahun)

Misteri kehilangan 3 beradik terjawab apabila operasi pencarian telah menemukan dua baki 2 beradik yang hilang hari ini. Noor Syafikah Nadia, 14 tahun dilaporkan ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim ketika membuat kenyataan menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa. Beliau turut menambah, bedah siasat terhadap mayat Noor Syafikah mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa. Tiada sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dua lagi mayat ditemui kira-kira 8km dari tempat kakak mereke ditemui mati di Alur Senibong iaitu di Sungai Pekan Langgar  di Terusan Mada Kampung Padang Petani. Kedua-dua mayat tersebut masih menunggu laporan bedah siasat. 

Datuk Ahmad menyifatkan kejadian ini bukan tragedi biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan dan pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.


Astaghfirullah Al-'Azim
Apalah dosa budak-budak ini sehinggakan sipelaku tergamak 
bertindak sedemikian rupa.


Bersabarlah Kak...
Setiap kejadian dan keadaan yang datang kepada kita,
semua mengandungi 
hikmah dan rahasia di dalam-nya.


“Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment