ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEJADIAN TRAGIS MENIMPA TIGA BERADIK : KAKAK DIBUNUH MANAKALA DUA ADIK HILANG!!!

Sunday 1 December 2013

KEJADIAN TRAGIS MENIMPA TIGA BERADIK : KAKAK DIBUNUH MANAKALA DUA ADIK HILANG!!!



ALOR SETAR – Mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.

Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di lokasi kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, sebelum ia dimaklumkan kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu. 

Berdasarkan maklumat, katanya mangsa keluar dari rumah bersama dua adik perempuannya berusia 3 dan 12 tahun pada malam 29 November lalu, sebelum mayatnya ditemui petang semalam.


Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur 3 dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.

"Buat masa sekarang polis masih menyiasat kes terbabit dan pihak kami menunggu laporan hasil bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian. 

"Kita akan mengambil kira semua aspek dalam siasatan," katanya.

“Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.
Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

<Dikemaskini>
Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di sungai Pekan Langgar di sini petang ini .
Mayat dua beradik itu ditemui kira-kira 8km dari tempat kakak mereka ditemui mati di Alur Senibong - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah

Noor Syafikah Nadia Abdullah berusia 14 tahun.

Nur Izzati Husna Rusdi berusia 12 tahun.

Puteri Nurul Akma berusia 3 tahun.

Ibu & bapa mangsa

Sanak-saudara mangsa di Hospital Sultanah Bahiyah

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA !!!

Dalam kehidupan ini tidak ada kejadian sia-sia...,
tidak ada kejadian kebetulan...,
setiap apapun yang terjadi 
“bi idznillah” dengan izin Allah, 
dan pasti ada hikmahnya

No comments:

Post a Comment