ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS BURU SUSPEK UGUT BUNUH KPN

Sunday 1 March 2015

POLIS BURU SUSPEK UGUT BUNUH KPN

Hasil carian imej untuk POLIS BURU SUSPEK UGUT BUNUH KPN

KOTA BHARU 1 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti blog-blog yang terlibat berhubung ugutan bunuh melibatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar oleh sebuah kumpulan ekstremis.

Timbalannya, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, ekoran ugutan itu, laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan di bawah unit khas di Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Ini merupakan ugutan jenayah dan kita berusaha mendapatkan maklumat sama ada pihak yang melakukan ugutan itu berkemungkinan berada dalam negara atau sebaliknya,” katanya pada majlis ramah mesra bersama warga emas rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa bersama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), semalam.

Sebelum ini, sebuah video provokasi berdurasi 1:27 minit telah disebarkan melibatkan kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Anti Demokrasi yang mengugut akan meletupkan kereta dan membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng di mana seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.

No comments:

Post a Comment