ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PELIK BILA KU LI TAK FAHAM GST

Thursday, 19 March 2015

PELIK BILA KU LI TAK FAHAM GST


1. Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. 

Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.

2. Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja beliau mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat biasa. 

Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.

3. Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi. 

4. Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih. 

5. Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.  

6. GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.

7. GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.

8. Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini. 

9. Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?
thekl-chronicle

No comments:

Post a Comment