ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO BUDAK 2 TAHUN MAUT DIBELASAH BAPA TIRI MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL

Tuesday, 31 March 2015

VIDEO BUDAK 2 TAHUN MAUT DIBELASAH BAPA TIRI MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL


Rakaman video ganas seorang lelaki membelasah anak tirinya sehingga mati tersebar di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di pangsapuri Min Buri, Thailand. Video berdurasi 1 minit 35 saat itu dimuat naik di laman Facebook dan menimbul kemarahan netizen negara itu.

Tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan itu dirakam CCTV yang menunjukkan kanak-kanak malang yang berusia dua tahun itu ditendang serta dipukul di bahagian kepala berulang kali oleh bapa tirinya di tangga kecemasan pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun bapa tiri kanak-kanak terbabit memberhentikan perbuatannya dan segera membawa mangsa masuk ke rumah apabila seorang penghuni pangsapuri berkenaan menuruni tangga pangsapuri itu dari tingkat atas.
Credit : AAKJ
video

No comments:

Post a Comment