ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS AKUI HADAPI ANCAMAN DARI DALAM

Monday 2 March 2015

PAS AKUI HADAPI ANCAMAN DARI DALAM

Image result for PAS AKUI HADAPI ANCAMAN DARI DALAM

Pas mengakui terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk berdepan dengan kewujudan kumpulan-kumpulan tertentu di dalam parti itu sehingga mengancam asas perjuangan mereka.
Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kumpulan yang wujud di dalam Pas sekarang ini bukan sahaja menongkah arus, malah berani mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan Presiden iaitu perkara yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Katanya, sejak tahun 1998, Pas menjadi parti yang begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan golongan itu membentuk pasukan dalam Pas.

“Sebelum itu (1998) budaya ‘team’ tidak ada dalam Pas tetapi ‘team’ ini muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini menjadi semakin membarah,” katanya ketika menjadi panel program Wacana Ilmu: Pas Semalam, Hari Ini dan Esok di Dewan Purnama di Pejabat Pas Pengkalan Chepa di sini malam tadi.

Dua lagi ahli panel wacana anjuran Dewan Ulama Pas negeri itu ialah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor dan Setiausaha Politik Presi­den Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhta

Baru-baru ini, Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendedahkan tentang komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemim­pinan ulama.

Beliau mendakwa, komplot jahat yang digerakkan oleh Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Mohd. Hatta Ramli itu bertujuan menyusun dan merancang untuk menguasai parti itu.

Sementara itu Mohd. Zuhdi berkata, kumpulan berkenaan akhirnya nanti pasti akan keluar daripada Pas dan membentuk parti baharu.

“Saya yakin selepas Muktamar Pas nanti akan berlaku dalam Pas iaitu akan ada dua kumpulan dengan satu daripadanya akan berpecah daripada Pas dan tubuh parti baharu, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan Pas kembali kepada suasana harmoni,” katanya.

Selain itu Mohd. Zuhdi berkata, selain menghadapi masalah dalaman, Pas juga terpaksa berdepan satu lagi cabaran besar apabila rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang telah mula menunjukkan ‘wajah sebenar’ dengan menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

“Kita perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu masih melihat ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia,” katanya
Utusan

No comments:

Post a Comment