ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERITA BAIK UNTUK MEREKA YANG BERMINAT MENJADI GURU DENGAN LULUSAN SPM !!!

Tuesday, 17 March 2015

BERITA BAIK UNTUK MEREKA YANG BERMINAT MENJADI GURU DENGAN LULUSAN SPM !!!

Hasil carian imej untuk GURU DENGAN LULUSAN SPM
Gambar Hiasan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Kementerian-Pendidikan-Malaysia-kpm

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

😁 Sekolah Kebangsaan (SK):

- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Bahasa Tamil
- Bahasa Cina
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazan dusun
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Pemulihan
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Sejarah
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Matematik
- Sains
- Bimbingan dan Kaunseling

😁 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC):

- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Pemulihan
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Sejarah
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Matematik
- Sains
- Bimbingan dan Kaunseling

😁 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT):

- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Pemulihan
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Sejarah
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Matematik
- Sains
- Bimbingan dan Kaunseling

Cara Memohon/ How To Apply:

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 17 Februari 2015.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200,
PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

No comments:

Post a Comment