ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERAJAAN KELANTAN SEDIA HADAPI SAMAN BERHUBUNG PERLAKSANAAN HUDUD

Monday, 23 March 2015

KERAJAAN KELANTAN SEDIA HADAPI SAMAN BERHUBUNG PERLAKSANAAN HUDUD


KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan sedia menghadapi tindakan saman daripada mana-mana pihak dalam usahanya hendak melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaaan 2015) di negeri ini.  

Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata walaupun menerima bantahan dan saman, kerajaan negeri sedia berdepan dengan perkembangan itu. 

"Kita difahamkan sebuah parti politik telah memfailkan saman ke atas kerajaan negeri baru-baru ini.  

"Bagi saya tindakan ini tidak 'gentleman' kerana mereka tidak faham pun hal ini dan belum lagi diluluskan oleh dewan (ketika saman difailkan Rabu lepas) tetapi terus membawanya ke mahkamah.  

Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS menyatakan demikian kepada pemberita di sinipada Isnin  

Pada Rabu lepas, Gerakan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kota Baharu bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sehari kemudian. 

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T.Low di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai defendan. 

No comments:

Post a Comment