ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM SABTU INI - @PDRMsia

Thursday, 5 March 2015

JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM SABTU INI - @PDRMsia



KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, perhimpunan tersebut melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Penganjur gagal menghantar notis untuk mengadakan perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan polis boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana mengganggu ketenteraman awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini. [Artikel Berkaitan]

"Penganjur perlu bertanggungjawab di atas apa-apa perkara yang berlaku pada perhimpunan tersebut memandangkan polis telah memberi nasihat sewajarnya kepada mereka," kata Zainol.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi mencadangkan agar Ops Cantas Khas yang dijalankan sebelum ini, diperhebatkan lagi dalam tempoh lebih panjang bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

"Perkara ini telahpun terbukti dalam Ops Cantas Khas sebelum ini yang menunjukkan kadar jenayah senjata api turun mendadak dan pada masa itu, rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menteri berkenaan di atas pelaksanaan operasi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak berwajib lain juga disarankan bekerjasama dengan PDRM supaya dapat memantapkan lagi operasi-operasi khas seumpama itu bagi membendung berlakunya kejadian yang tidak diingini.

"Dengan adanya operasi khas ini, keyakinan rakyat Malaysia amnya faktor keselamatan akan lebih meningkat," katanya ketika mengulas kejadian seorang lelaki ditembak, dipercayai oleh pembunuh upahan di Kajang baru-baru ini. 
BERNAMA

No comments:

Post a Comment