Khabar angin mengenai tindakan kerajaan membeli sebuah jet peribadi baharu perlu dihentikan jika tidak mahu perkara itu dianggap benar, tegas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Namun katanya, jika ia berlaku, maka penjelasan mengenainya perlu dilakukan segera.
Menulis di laman mikrot Twitternya, Khairy berkata, "If new government jet claim untrue, dispel quickly before fiction passes itself as fact. If true, explanation needed ASAP" (Jika khabar angin tersebut tidak benar, hentikan (sebaran) tersebut sebelum ia menjadi fakta. Jika ianya benar, penjelasan diperlukan segera)."
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini mendedahkan satu surat perjanjian mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014.
Rafizi turut mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.
"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.
"Tindakannya jelas membuktikan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi.
No comments:
Post a Comment