ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HADI DIJANGKA MENANG TAK BERTANDING - MUSTAFA ALI

Tuesday 3 March 2015

HADI DIJANGKA MENANG TAK BERTANDING - MUSTAFA ALI


Hasil carian imej untuk HADI DIJANGKA MENANG TAK BERTANDING

Kota Bharu – Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa bertanding, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.

“Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden,” katanya selepas Majlis Kutipan Dana Pasca Banjir di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majlis itu yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Mengenai jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandang Mohamad Sabu, Mustafa berkata jawatan itu dijangka berlaku pertandingan.

Mustafa berkata Mohamad Sabu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.

“Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Abdul Hadi). Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik dalam kalangan kita. Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (Presiden) mesti orang yang menguasai Islam dari segi ilmunya, bahasa Arab, berwibawa dan mampu mentadbir,” katanya.

No comments:

Post a Comment