ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI !!! HERO FILEM "THE FAST AND THE FURIOUS" MATI KEMALANGAN !!!

Sunday 1 December 2013

TERKINI !!! HERO FILEM "THE FAST AND THE FURIOUS" MATI KEMALANGAN !!!

Aktor Hollywood yang terkenal dengan lakonan dalam filem The Fast and The Furious, Paul Walker, 40, meninggal dunia hari ini dalam satu kemalangan jalan raya di Santa Clarita, utara Los Angeles, California.
Laman web selebriti TMZ melaporkan, kemalangan dahsyat itu berlaku apabila kereta Porshe Carrera GT yang dinaiki Walker hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar dan meletup.
Walker dan pemandu Porsche dipercayai kawannya, maut di tempat kejadian.
Walker yang popular dengan watak Brian O’Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk menghadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.

Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.

Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabkan pertukaran jalan cerita. 
We will miss you Brian O’Connor. Keep on speeding on the other side.-rk

Laman twitter turut memberitahu peminat Paul Walker tentang kematian akibat kemalangan tragik.

Admin Facebook Paul Walker mengesahkan kematian pelakon itu.

Keadaan kereta Paul Walker sebelum kemalangan.

Fast&Forious1
Fast&Forious3
Fast&Forious4

Video terakhir yang dirakamkan krew TMZ ketika Walker masih hidup serta lokasi kemalangan yang meragut nyawa aktor kacak tersebut.

No comments:

Post a Comment