ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UPDATE TERKINI INFO BANJIR DI PANTAI TIMUR.

Thursday 5 December 2013

UPDATE TERKINI INFO BANJIR DI PANTAI TIMUR.

Amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan ke atas Pahang dan Terengganu.
Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka melanda daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Manakala di Terengganu, melibatkan daerah Dungun dan Kemaman.
Sementara itu, hujan lebat peringkat kuning dijangka berlaku di daerah Jerantut dan Maran, Pahang.
Sementara di Terengganu, daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.
Hujan lebat peringkat kuning juga dijangka melanda Kelantan, Kedah dan Perak sehingga esok.
Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Port Dickson, Negeri Sembilan, selain Melaka dan Johor.

----------------------------------------------------------
KELANTAN
Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 949 berbanding 639 orang semalam, terbaru membabitkan daerah Pasir Mas, Pasir Puteh dan Machang

Jalan ditutup di Tumpat: Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan (ditutup untuk kenderaan ringan)

Jalan ditutup di Tanah Merah: Jalan Tanah Merah-Kusial-Kg Ipoh

Jalan ditutup di Kuala Krai: Jalan Batu Jong ke Nal Station dan Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/Kuala Nal)

Jalan-jalan ditutup di Gua Musang: Jalan masuk Aring 8 dan 9 serta Jalan Chiku Aring
Tambatan diraja di sungai kelantan sudah ditenggelami air

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di jajahan Kuala Krai meningkat kepada 538 orang berbanding 436 orang petang ini.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, setakat 8 malam ini, kesemua mangsa daripada 124 keluarga itu adalah penduduk di Mengkebang dan Olak Jeram dan mereke dipindahkan ke enam buah pusat pemindahan sementara.

Air Sungai Kelantan di Tangga Krai pula pada paras 25.42 meter melepasi tahap bahaya 25 meter manakala di Jambatan Guillemard ialah 16.73 meter (bahaya 16 meter).

Sungai Lebir di Tualang turut melebihi paras bahaya dengan mencatatkan bacaan 35.94 meter (bahaya 35 meter) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang juga melepasi bahaya dengan bacaan 9.01 meter (bahaya 9 meter).

Paras air di sungai lain dilaporkan meningkat berikutan hujan yang sesekali lebat di kebanyakan kawasan pedalaman negeri ini.

Tiada jalan utama yang dilaporkan terputus hubungan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini. 

Sehingga kini seramai 718 mangsa sudah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di sekitar kawasan yg sudah dinaiki air di kelantan .... membabitkan 11 pusat pemindahan.

---------------------------------------------------------
TERENGGANU


Sebanyak 102 pusat pemindahan dibuka di terengganu bagi menempatkan mangsa banjir
Setakat jam 10 pagi seramai 7854 mangsa sudah dipindahkan di terengganu
KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila bencana alam itu kini melanda daerah Marang selepas Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang tadi. 

Sehingga pukul 10 malam ini, sebanyak 68 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 37 di Kemaman, 19 di Hulu Terengganu, 11 di Dungun dan satu di Marang.

Katanya di daerah Marang empat keluarga yang terdiri daripada 13 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pasir Puteh pada jam 7 malam. 

Manakala Kemaman masih merupakan daerah terjejas paling teruk apabila 3,224 mangsa daripada 796 keluarga dipindahkan ke 37 buah pusat pemindahan sehingga malam ini.

Di Dungun pula, mangsa yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 1,035 orang dyang terdiri dari 269 keluarga berbanding 875 (233 keluarga) petang tadi.

Manakala di Hulu Terengganu pula, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,093 (313 keluarga) petang tadi kepada 1,121 orang (328 keluarga) malam ini.


Deretan kedai di kemaman ditutup berikutan ditenggelami air banjir
Kawasan masjid di Kemaman juga dimasuki air


---------------------------------------------------------
PAHANG

KUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila lebih 38,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, seramai 38,323 mangsa dari 9,153 keluarga ditempatkan di 122 pusat pemindahan tujuh daerah yang terbabit dengan bajir sehingga 8 pagi tadi.
Daerah ini masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 30,307 orang dari 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.
Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa banjir ditempatkan di 15 pusat pemindahan, Pekan 3,037 mangsa banjir di 11 pusat pemindahan, Maran 637 mangsa di enam pusat pemindahan, Jerantut 25 mangsa di dua pusat pemindahan, Lipis 21 mangsa pemindahan di dua pusat pemindahan dan Temerloh tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam ini.
Keadaan di perkampungan sg isap
Shahputra


Kepada mangsa banjir...
yakinlah ini ujian Allah...
saya doakan semuanya akan berakhir dengan selamat.
Aminn

No comments:

Post a Comment