ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TRAGIS!!! "MALANG TIDAK BERBAU" - BAYI TERCAMPAK KELUAR DALAM KEMALANGAN MAUT DI KUBANG KERIAN !!!

Saturday 7 December 2013

TRAGIS!!! "MALANG TIDAK BERBAU" - BAYI TERCAMPAK KELUAR DALAM KEMALANGAN MAUT DI KUBANG KERIAN !!!

Seorang bayi lelaki berusia dua minggu, antara tiga yang maut dalam nahas jalan raya di Kampung Chica, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Mangsa yang lain ialah ibu bayi terbabit, Siti Maimunah Abdullah, 34, yang bekerja sebagai jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kubang Kerian serta ibu saudaranya, Zabidah Dollah,49, yang juga Bendahari Majlis Guru PASTI Kubang Kerian.

Sementara itu, suami Siti Maimunah, Mohd Nor Ghazi, 38, Pemandu di Jabatan Persekutuan (JPP) Kelantan, cedera parah.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu berlaku selepas empat sekeluarga terbabit yang menaiki kereta Perodua Kancil selesai menghadiri majlis cukur jambul bayi lelaki mereka di rumah mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pulau Melaka.

Kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV), hanya 500 meter dari simpang masuk ke lorong rumah mereka, menyebabkan ia terseret hampir 5 meter sebelum melanggar tiang elektrik dan merempuh dua kedai di kawasan berhampiran.

Di percayai ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan MPV dipandu laju seorang wanita yang dalam perjalanan dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh berada di laluan kanan, secara tiba-tiba menukar laluan ke kiri ketika cuba mengelak sebuah kereta Myvi yang berada di hadapannya untuk membuat pusingan U.


No comments:

Post a Comment