ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARKAN !!! BANTU @PDRM KESAN SUSPEK INI !!!

Friday 6 December 2013

SEBARKAN !!! BANTU @PDRM KESAN SUSPEK INI !!!

Mengesan Suspek

KEJADIAN MELARIKAN ORANG DENGAN MENYAMAR
PENJAWAT AWAM

Pada 02/02/2013 jam l/kurang 1920hrs satu kejadian melarikan orang iaitu mangsa seorang lelaki bangsa India telah berlaku di kawasan letak kereta di sebuah hotel di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Kes ini disiasat di bawah seksyen 365, 397/397, 170 Kanun Keseksaan. Dalam kejadian ini, mangsa merupakan seorang pengusaha kelab malam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Setelah selesai minum bersama kawan-kawannya di ‘coffee house’ sebuah hotel berhampiran mangsa terus menuju ke kenderaannya yang diletakkan di belakang hotel berkenaan. Mangsa kali terakhir dilihat singgah di sebuah kedai runcit berhampiran sebelum masuk semula ke dalam kenderaannya pada masa tersebut beberapa orang lelaki telah menangkap dan melarikannya.

Ketika melalui jalan belakang sebuah hotel, mangsa telah cuba melarikan diri namun (4) iaitu suspek telah berjaya menangkapnya semula. Kejadian ini disaksikan oleh rakan mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis. Suspek (4) lelaki menaiki sebuah motokar jenis Naza Citra menggunakan nombor Pendaftaran palsu juga turut melarikan m/kar mangsa jenis BMW berwarna putih yang dijumpai terbakar (7) jam kemudian di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu, Selangor. Sehubungan kejadian ini pihak polis sedang mengesan (2) individu (gambar) untuk membantu dalam siasatan kes ini.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment