ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PAU2013 : WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MULA BERSIDANG.

Thursday, 5 December 2013

#PAU2013 : WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MULA BERSIDANG.


KUALA LUMPUR: Perhimpunan agung tiga sayap Umno bermula 8 pagi Rabu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dengan ketua masing-masing menyampaikan ucapan dasar disusuli dengan pembentangan usul dan perbahasan.
Pergerakan Wanita bersidang di Dewan Tun Hussein Onn, Pemuda di Dewan Merdeka dan Puteri di Dewan Tun Dr Ismail.
Ketiga-tiga sayap mengadakan perhimpunan agung masing-masing sebelum Perhimpunan Agung Umno 2013 selama tiga hari bermula Khamis.

Wanita akan memfokuskan kepada usaha mengangkat martabat wanita ke tahap lebih tinggi menerusi pembentangan tiga usulnya iaitu ucapan dasar, ekonomi serta pendidikan, agama dan sosial.
UCAPAN DASAR KETUA WANITA UMNO MALAYSIA

Sementara Pemuda pula dijangka membincangkan mengenai penambahbaikan sistem pemilihan parti selain isu kepentingan rakyat seperti pekerjaan, perumahan, peluang perniagaan dan ekonomi Melayu.
UCAPAN DASAR KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA



Isu politik, ekonomi, agama, pendidikan serta ucapan dasar akan diberi tumpuan dalam persidangan Puteri.

Sebanyak 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijadualmenghadiri perhimpunan agung parti.
Daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakalaperhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan.

No comments:

Post a Comment