ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN MUDAH PERCAYA : PRODUK GUNA "HEMBUSAN KALIMAH SUCI" .

Sunday 8 December 2013

JANGAN MUDAH PERCAYA : PRODUK GUNA "HEMBUSAN KALIMAH SUCI" .

BARISAN produk yang menggunakan agama semakin bertambah bukan sahaja melibatkan makanan tambahan, air minuman, kismis atau buah-buahan sebaliknya dah melarat kepada alat aksesori kereta.
Manusia semakin gah menjauhkan diri dari amalam sunat membaca kitab suci Al-Quran dengan hanya menjual produk yang sudah dibacakan ayat suci itu demi untuk memelihara diri mereka dari musibah dan gangguan.
Produk dimaksudkan ialah alat haruman untuk kereta Energy Wave yang didakwa penjualnya boleh menghindari daripada gangguan makhluk halus dan sihir.
Salah satu ciri menarik bagi yang membeli dan memakai bauan ini ialah keselamatan diri dan kenderaan juga terpelihara ketika memandu kenderaan yang digelar kepada keselamatan tambahan.
Hakikatnya, ikhtiar kita ialah menjaga solat, mengamalkan amalan sunat membaca Al-Quran seterusnya membaca ayat Qursi sebelum kita memandu dengan berhati-hati bagi mengelak kecelakaan. 
mynewshub.my

No comments:

Post a Comment