ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ASTAGHFIRLLAHHAL'AZIM... APAKAH DOSA BAYI INI ???

Monday, 9 December 2013

ASTAGHFIRLLAHHAL'AZIM... APAKAH DOSA BAYI INI ???

IPOH: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.
Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam. sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bayi-masih-hidup-dibuang-belakang-kedai-1.229113
SEJAK akhir-akhir ini kerap sangat berita disiarkan akhbar mahu pun televisyen mengenai bayi baru lahir dibuang dalam tong sampah, dalam tandas, di tepi longkang dan di temui dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ada yang sudah meninggal, tetapi ada juga masih bernyawa.
Tidak cukup dengan gejala zaman jahiliah ini, ada pula perlakuan tidak berperikemanusiaan mendera kanak-kanak, termasuk bayi.

Yang menakjubkan kebanyakan daripada bayi yang dibuang mahu pun yang didera adalah bayi Melayu. 
Apakah yang sedang melanda kita, orang Melayu yang sepatutnya berpegang teguh kepada ajaran agama???
Pernah pula diberitakan suatu hal yang sungguh menakjubkan, iaitu bagaimana seorang remaja Melayu yang baru berusia 17 tahun sudah tiga kali hamil dengan dua daripada anaknya diserahkan kepada orang dan yang ketiganya dibuang. 
Apa pemikiran gadis ini tergamak berterusan bergelumang dengan gejala kebebasan pergaulan hingga hamil tiga kali ketika usia begitu muda? Siapa bapa bayi itu? Ini tidak pula diketahui. Yang harus menanggung bebanan ialah gadis berkenaan. 
Apakah tidak wujud keinsafan di antara kita mengenai gejala buruk begini???
Apa pun... sememangnya perlu dan penting untuk menolong mereka yang sudah terlanjur ini, tetapi apa yang dikehendaki ialah mengelakkan gadis daripada terjerumus dengan pergaulan tanpa batasan yang boleh membawa kepada gejala buruk sebegini. 

Ini sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk mendidik anak mereka lebih insaf dan tahu akibat pergaulan tanpa batas. 

No comments:

Post a Comment