ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DENGGI : BAYI DALAM KANDUNGAN MANGSA TERBARU

Tuesday 5 August 2014

DENGGI : BAYI DALAM KANDUNGAN MANGSA TERBARU


KOTA BHARU – Bayi dalam kandungan antara mangsa terbaru demam denggi yang dijangkiti melalui ibunya dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPRZ II) di sini.

Pengarahnya,Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kes berkenaan bakal memberikan kesan kepada bayi yang dikandung ekoran virus denggi dijangkiti melalui darah.

“Namun setakat ini kita masih jalankan pemeriksaan terhadap kes terbabit bagi memastikan keadaan mereka stabil. Buat masa ini, pemantauan dan maklumat masih dikumpulkan berhubung kes itu” katanya kepada sidang media di HRPZ II, di sini, semalam.

Dr Ghazali berkata, kes denggi di negeri ini turut meningkat apabila 180 pesakit diterima setakat kelmarin di hospital itu.

“Semalam, adalah antara waktu puncak apabila peningkatan yang mendadak berlaku dengan pertambahan pesakit yang meningkat sekali ganda. Begitu juga pesakit kritikal apabila 22 pesakit dirawat di beberapa Unit Rawatan Rapi (ICU)di hospital ini,” katanya.

Beliau berkata, kesemua 22 mangsa itu terdiri daripada kanak-kanak sehingga dewasa yang bukan sahaja dijangkiti demam denggi biasa, malah denggi berdarah.

Sementara itu, Dr Ghazali berkata, dari peningkatan tersebut, Kota Bharu merupakan negeri tertinggi  dengan 30 peratus menerima rawatan di hospital yang menjadikan kepada penyumbang peningkatan kes tertinggi denggi, diikuti daerah Tumpat.

“Kesemua wad mencecah kepada 80 peratus penggunaan dan hanya tiga hingga empat wad sahaja yang tidak menempatkan pesakit denggi.

“Dalam keadaan terbabit juga, hospital menyeru orang ramai supaya menderma darah bagi menampung bekalan darah yang berkurangan bagi merawat pesakit denggi berdarah yang memerlukan rawatan susulan,” katanya.

Dr Ghazali turut menasihati orang ramai supaya membersihkan kawasan sekitar dan tidak hanya menunggu pihak berwajib melaksanakan aktiviti gotong-royong.

“Ini perlu bagi memastikan kawasan persekitaran bersih dan bebas dari sampah sarap  yang boleh mengundang kepada pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu kerjasama semua pihak dalam membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes ini perlu dilakukan segera agar wabak ini tidak terus menular dan menyebabkan ramai lagi mangsa dijangkiti demam denggi,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment