ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KHASIAT BAWANG MERAH

Tuesday 8 April 2014

KHASIAT BAWANG MERAH


Siapa suka makan bawang merah???

Mereka yang suka makan bawang merah beruntung sebab bawang merah ini mempunyai banyak khasiat yang dapat menghindarkan diri kita dari pelbagai penyakit.

Bukan sekadar penyedap rasa, bawang merah dikatakan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

Antara khasiat bawang merah adalah :-
1. Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
2. Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.
3. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
4. Bawang merah dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah selaput putih dimata.
5. Jika korang mempunyai bisul sapukanlah bisul korang itu dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul.
6. Bawang merah dapat membangkitkan selera untuk korang yang kurang berselera untuk makan.
7. Jika korang menghadapi kabur penglihatan dan sakit telinga banyakkan makan bawang merah kerana bawang merah membantu mengurangkan masalah tersebut.
8. Biji bawang merah dikatakan dapat mengurangkan risiko dari masalah botak.

Jadi kepada korang yang tidak gemar memakan bawang merah, pastikan selepas ini korang belajarlah memakan bawang merah.

No comments:

Post a Comment