ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAYAT LELAKI BERULAT DITEMUI DALAM LONGKANG !!!

Friday 25 April 2014

MAYAT LELAKI BERULAT DITEMUI DALAM LONGKANG !!!

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki yang telahpun berulat ditemui dalam longkang di belakang sebuah kilang di Bukit Tengah di sini, Jumaat.
Mayat yang dibungkus dengan kain pelikat itu ditemui orang awam yang ternampak bungkusan dalam longkang berkenaan pada 9.15 pagi.
"Seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan terbau benda busuk sebelum ternampak bungkusan berkenaan, dia membuka bungkusan itu dan nampak mayat seorang lelaki yang sudah berulat," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah.
Beliau berkata tiada dokumen ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah rakyat asing yang dipercayai mati di tempat lain dan mayatnya dibuang di kawasan itu.
Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
MStar

No comments:

Post a Comment