ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMANDU SAMSENG REMPUH KERETA GURU !!!

Sunday 20 April 2014

PEMANDU SAMSENG REMPUH KERETA GURU !!!



ALOR SETAR - Seorang guru menghadapi detik cemas apabila keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah lori pasir di hadapan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Jalan Langgar, hari ini.

Rozuna Dagang, 44, yang dalam perjalanan pulang dari sekolah menghentikan keretanya sebaik lampu isyarat berwarna merah di simpang pintu masuk HSB kira-kira jam 4 petang.

Akibat dirempuh, beliau hilang kawalan dan sempat membelok ke arah kiri berhadapan pondok pengawal hospital dan melanggar sebatang tiang lampu jalan.

"Saya memang tak boleh buat apa sebab lampu isyarat dah merah, bila kena langgar, kereta meluncur dan saya belok ke kiri," katanya.

Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa, pemandu lori berkenaan berlagak samseng dengan membunyikan hon seolah-olah memberi isyarat supaya mangsa tidak menghentikan kereta walaupun lampu isyarat sudah merah.

"Masa itu cikgu (mangsa) dah berhenti, tapi lori datang dengan agak laju sambil menekan hon sebelum melanggar.

"Pemandu lori juga tidak bertanggungjawab apabila pergi begitu sahaja tanpa mempedulikan kejadian yang berlaku," katanya kepada Sinar Harian.

Sususlan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Difahamkan, saksi yang berada di tempat kejadian sempat mencatatkan nombor pendaftaran lori berkenaan.
SH

No comments:

Post a Comment