ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GAMBAR-GAMBAR SEKITAR LAWATAN PRESIDEN OBAMA KE MALAYSIA

Sunday 27 April 2014

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR LAWATAN PRESIDEN OBAMA KE MALAYSIA


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar kenangan bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Majlis Jamuan Negara Meraikan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia di Istana Negara di Kuala Lumpur, malam Sabtu. Turut bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Foto BERNAMA



GALERI foto lawatan bersejarah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia:
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) dan Barack Obama memberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara Meraikan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia di Istana Negara. FOTO BERNAMA
Barack Obama bersalaman dengan para peserta yang membuat persembahan selepas Majlis Jamuan Negara Meraikan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia di Istana Negara. Foto BERNAMA
Obama lawat Masjid Negara
KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.


Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.
    
Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.
    
Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.
    
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam Rashad Hussain.
    
Lawatan bersejarah tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara ini - sebahagian daripada siri jelajah Obama ke empat negara Asia - adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara, Abdul Rasyid Mohd Isa (kiri) ketika melawat Masjid Negara di Kuala Lumpur, Ahad. Turut sama Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (dua, kanan). Foto BERNAMA
Obama (dua, kiri) ketika melawat ruang solat utama Masjid Negara di Kuala Lumpur. Foto AFP
Obama (tengah) memberikan penghormatan di Makam Pahlawan di kawasan Masjid Negara. Foto AFP
Obama (kiri) bersama Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad di ruang solat utama Masjid Negara di Kuala Lumpur. Foto BERNAMA
Obama tiba di Seri Perdana adakan pertemuan empat mata dengan Najib
PUTRAJAYA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di Seri Perdana, di sini sebentar tadi bagi adakan mesyuarat empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketibaan beliau di kediaman rasmi Perdana Menteri itu disambut mesra oleh Najib. 
Kedua-dua pemimpin kemudian meluangkan masa sebentar untuk sesi bergambar.
Najib dan Obama dijangka menghadiri mesyuarat dua hala bersama-sama delegasi masing-masing dan diikuti dengan majlis makan tengah hari.
Sidang akhbar bersama akan diadakan selepas mesyuarat itu selesai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Barack Obama ketika menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat itu ke Seri Perdana bagi mengadakan perbincangan dan mesyuarat delegasi dua hala di Putrajaya, Ahad. Foto BERNAMA 

PM DS Najib Razak mengadakan satu sidang media bersama Presiden Barack Obama di Seri Perdana

No comments:

Post a Comment