ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI !!! PESAWAT MAS MH192 KL-INDIA BUAT PUSINGAN BALIK & SELAMAT MENDARAT DI KLIA JAM 1.56 PAGI TADI !!!

Monday, 21 April 2014

TERKINI !!! PESAWAT MAS MH192 KL-INDIA BUAT PUSINGAN BALIK & SELAMAT MENDARAT DI KLIA JAM 1.56 PAGI TADI !!!



KUALA LUMPUR 21 April – Roda kanan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke Bangalore, India dikesan mengalami kerosakan ketika berlepas pada pukul 10.09 malam tadi.

Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan pesawat itu terpaksa melakukan pusingan balik ke KLIA dan dijangka akan melakukan pendaratan cemas sekitar pukul 2 pagi nanti.

Penerbangan MH192 yang menggunakan pesawat Boeing B737-800 dijangka akan mendarat di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama.

Pesawat itu membawa 166 penumpang termasuk tujuh krew.

“MAS kini sedang bekerjasama dengan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sebagai langkah berjagsa-jaga ketika pesawat itu mendarat kelak."

“Kami akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa terhadap situasi ini,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE


Pesawat MH192 selamat mendarat di KLIA 1.56 pagi tadi

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut mengalami kerosakan pada tayar bahagian kanan sewaktu berlepas.

Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam. Pesawat itu membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.

No comments:

Post a Comment