ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS PARAH KERETA DIHEMPAP PALANG !!!

Tuesday, 15 April 2014

POLIS PARAH KERETA DIHEMPAP PALANG !!!


Kuala Lumpur: Seorang anggota Polis Bantuan nyaris maut apabila kereta dinaikinya dihempap palang besi yang tumbang dirempuh lori tangki di Jalan Persiaran Setia, Subang Jaya, semalam. 

Anggota terbabit yang masih belum dikenal pasti cedera parah tersepit dalam kereta Proton Inspira dalam kejadian kira-kira jam 7 petang. 

Lori tangki itu dikatakan terlanggar besi palang had ketinggian jalan di laluan bertentangan sebelum tiang logam itu melambung dan menghempap kereta dinaiki tiga anggota Polis Bantuan berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa berusia 30 tahun itu yang memandu kereta patah tangan manakala dua rakannya selamat.

“Anggota Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke Hospital KPJ Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu lori gagal dikesan selepas dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sebaik kemalangan, namun usaha mengesan sedang dilakukan,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment