ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 300 ORANG MASIH HILANG FERI KARAM DI JEJU, KOREA SELATAN.

Wednesday, 16 April 2014

300 ORANG MASIH HILANG FERI KARAM DI JEJU, KOREA SELATAN.

Gambar feri yang karam sepenuhnya dirakam kira-kira 20 kilometer di perairan Pulau Byungpoong di Jindo dengan anggota pengawal pantai Korea Selatan bertungkus-lumus mencari dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap. 
Feri yang membawa 477 penumpang dan anak kapal yang kebanyakannya penuntut kolej karam dalam pelayaran dari Incheon ke Pulau Peranginan Jeju, pagi tadi. - Foto AFP 
SEOUL: Hampir 300 masih hilang selepas beberapa jam sebuah feri yang membawa 477 penumpang dan anak kapal karam di perairan selatan Korea Selatan, awal hari ini. 

Setakat ini feri yang membawa kebanyakannya penuntut kolej itu sudah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang manakala tujuh lagi cedera, kata pegawai Korea Selatan hari ini. 

Pegawai kerajaan sebelum ini melaporkan, lebih 100 orang masih belum dikira namun pegawai kemudian menukar jumlah yang hilang 295 orang. 

Terdapat kebimbangan mengenai jumlah korban yang ramai dengan berpuluh bot, helicopter dan anggota penyelam di kerah ke tempat kejadian berhampiran pulau peranginan terkenal Jeju. 

Seorang penumpang berkata, beliau yakin ramai lagi yang terperangkap di dalam feri yang karam ketika kejadian berlaku jam 9 pagi waktu tempatan. - AP 

No comments:

Post a Comment