ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WANITA MANGSA CULIK TEKAD TERJUN KERETA SELAMATKAN DIRI DARI DIROGOL !!!

Tuesday, 15 April 2014

WANITA MANGSA CULIK TEKAD TERJUN KERETA SELAMATKAN DIRI DARI DIROGOL !!!


Kuala Lumpur: Tindakan nekad seorang wanita berusia 21 tahun terjun daripada kereta Proton Wira yang sedang bergerak menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa dilarikan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Puchong, Selangor ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Difahamkan, mangsa yang berada kurang 100 meter dari rumahnya dilaporkan dihampiri suspek yang turun daripada kenderaannya sebelum menghunuskan pisau. Suspek kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam kereta dan beredar dari kawasan berkenaan.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke tempat letak kereta Hospital Serdang (HS) sebelum lelaki terbabit menyamun wang tunai dan telefon bimbit miliknya dianggarkan bernilai lebih RM1,000.

“Suspek kemudian menanggalkan pakaian mangsa sebelum mencabulnya. Lebih keji, lelaki terbabit dilapor merakamkan tindakannya mencabul mangsa menggunakan telefon bimbit,” katanya memberitahu suspek tidak mengendahkan rayuan mangsa supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Sumber berkata, suspek berhenti mencabul mangsa apabila melihat beberapa orang awam menghampiri keretanya.

“Suspek kemudian bergegas meninggalkan kawasan itu sebelum berlegar-legar di sekitar Shah Alam dan ketika itu, dia mengugut mangsa supaya mendiamkan diri. Lelaki terbabit dipercayai berlegar-legar di kawasan berkenaan bagi mencari lokasi untuk merogol mangsa,” katanya.

Kata sumber itu, menyedari dirinya berada dalam bahaya, mangsa sekali lagi merayu, namun lelaki terbabit tidak mengendahkannya sebaliknya mengugut akan mencederakannya jika membuat bising.

“Terdesak untuk menyelamatkan diri, mangsa yang berjaya membuka pintu kereta nekad terjun dari kenderaan itu yang sedang bergerak.

“Suspek yang terkejut memberhentikan kenderaan dan cuba mengejar mangsa, namun dia membatalkan hasratnya sebaik melihat beberapa kenderaan lain di kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran.

“Kes berkenaan kemudiannya dirujuk ke Balai Polis Bukit Puchong untuk siasatan lanjut,” katanya.
sumber

No comments:

Post a Comment