ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIAN CHUA DI TAHAN !!!

Tuesday 15 April 2014

TIAN CHUA DI TAHAN !!!


Akhirnya Tian Chua telah ditahan pada jam 7.45 malam tadi di lobi Hotel Armada kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan.

Tian Chua BERJANJI, kononnya rakyat akan bangkit menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh 5 (LIMA) bulan, bermula pada tarikh Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.



Kenyataan itu dicatatkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, di laman mikro twitternya pada 7 Mac lalu. Maksudnya, Tian Chua berjanji rakyat akan menjatuhkan Najib sebelum 7 Ogos 2014.

Janji Tian Chua tidak harus dipandang remeh kerana mencetuskan pelbagai persoalan.

Kata Tian Chua, "The people will bring down Najib in 5 months". 'Rakyat' manakah dimaksudkan oleh Tian Chua? Apakah faktor menyakinkan Tian Chua kenyataan itu bakal dizahirkan? Adakah agenda tersembunyi di sebalik janji itu?



Ekoran kenyataan biadap tersebut, satu laporan polis dibuat oleh bekas ADUN Batu Kawan, Huan Chen Guan pada 7 Mac yang lalu. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.


No comments:

Post a Comment