ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KARPAL SINGH GESA SEMUA MP DAP TOLAK HUDUD !!!

Tuesday 8 April 2014

KARPAL SINGH GESA SEMUA MP DAP TOLAK HUDUD !!!


Karpal Singh Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor menggesa kesemua Ahli Parlimen DAP yang berjumlah 38 orang menolak usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.
Bekas Pengerusi DAP dalam kenyataan media hari ini yang dilaporkan mynewshub berkata, hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara ini dan tidak sesuai lagi untuk zaman ini.
“Demi kepentingan negara, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen nanti,” katanya.
Kenyataan Karpal yang turut disiarkan FMT turut mengecam PAS dan UMNO yang didakwanya masing-masing mahu mendapatkan kepentingan politik daripada pelaksanaan hudud tersebut.
“Ia adalah jelas kedua-dua, PAS dan UMNO sedang mencari untuk mendapatkan kepentingan politik daripada pelaksanaan hudud di Kelantan, walaupun mengetahui sepenuhnya bahawa di bawah undang-undang (Persekutuan), undang-undang Enakmen Kelantan Kanun Jenayah Syariah II adalah tidak berperlembagaan.
“Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan enakmen itu,” katanya, dalam kenyataan hari ini.
Setakat berita ini ditulis, hanya dua portal, myneshub dan FMT yang melaporkan kenyataan Karpal Singh itu.
Malah, kenyataan terbaru bekas Pengerusi DAP itu juga tidak dilaporkan termasuk di portal rasmi DAP, roketkini.com.
Selain Karpal Singh, tiada kenyataan media daripada pemimpin utama DAP terutamanya, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr. Tan Seng Giaw pada tahun 2009 berkata, kenyataan penentangan terhadap pelaksanaan hudud hanyalah pendapat peribadi Karpal malah DAP tidak menghadapi sebarang masalah dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.
“Kita tahu bukannya senang untuk melaksanakan undang-undang baru di sesebuah negeri kerana kita masih perlu patuh kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengatasi semua undang-undang,” katanya Utusan Malaysia.
Pendapat yang sama turut disokong oleh ahli DAP Melayu, Aspan Alias yang berkata penentangan karpal bersifat peribadi dan bukan mewakili suara parti.
“DAP kata dia menghormati keputusan itu (laksana hudud), pasal dia tiada kena mengena.. Dia orang kafir. Bukankah pendirian DAP itu menghormati agama dan kepercayaan masing-masing. Karpal saja yang sibuk dengan pendirian peribadinya, dan dia bercakap atas isu perlembagaan negara.
“Perlembagaan itu siapa yang buat? Bukan Allah Taala yang buat. Takkanlah Perlembagaan Malaysia lebih tinggi daripada perlembagaan Tuhan. Dan DAP secara rasminya tidak menentang, dia menghormati dia kata,” kata Aspan ketika dihubungi Antarapos.
AIDCNews – 7/4/14

No comments:

Post a Comment