KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Ampang dekat sini, dipercayai lemas selepas tergelincir dan jatuh ke dalam longkang sedalam 1.5 meter berhampiran kawasan sekolahnya. {Artikel Berkaitan}
Dalam kejadian kira-kira 4.24 petang itu, mangsa, Khairul Azriel Abd Razak, 11, dipercayai pergi ke longkang itu untuk mengambil bola sepak takraw yang ditendang oleh rakannya, Isyraq Mifzal, 11.
Isyraq berkata, bola yang ditendangnya itu melantun keluar dari pagar sekolahnya sebelum terjatuh ke dalam longkang itu, dan mangsa pergi ke sana untuk mengambil bola itu.
Mangsa pergi ke longkang untuk mengambil bola itu dan tiba-tiba kedengaran suara Khairul Azriel mememinta tolong dan dia pun pergi ke kawasan itu untuk membantu.
"Saya hulurkan tangan untuk menyelamatkan dia, namun air deras di longkang itu menyebabkan dia hanyut. Saya terus lari memberitahu guru mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian dekat sini, hari ini.
Sementara ibu mangsa Norliza Zaabah ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik itu menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolahnya.
"Selalu saya yang menjemput dia (mangsa) ke rumah selepas sekolah. Tetapi hari ini, semasa saya tiba di sekolah berlaku kekecohan di perkarangan sekolah dan saya mendapat tahu bahawa anak saya yang terjatuh dalam longkang itu," katanya dalam nada sayu.
Sementara itu, Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hulu Langat Mohd Amirul Abdul Aziz berkata seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Hulu Langat digegaskan ke lokasi kejadian.
"Pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.24 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
Setakat ini, seramai tujuh orang dari unit scuba Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Shah Alam dan Port Kelang bergerak dari tempat kejadian hingga ke kawasan perangkap sampah, di Ampang Point sehingga mangsa ditemui," kata Mohd Amirul kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.
Seramai 30 anggota polis, dua ambulans dan lapan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) turut menyertai dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang lebih enam jam.
Setakat pukul 10.30 malam, Khairul Azriel masih belum ditemui.
Bernama

No comments:
Post a Comment