ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WAN AZIZAH DAKWA HUDUD MAINAN PIHAK MUSUH UNTUK PECAHKAN PR !!!

Wednesday 23 April 2014

WAN AZIZAH DAKWA HUDUD MAINAN PIHAK MUSUH UNTUK PECAHKAN PR !!!

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdolak-dalih mengenai pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda utama sekutu dalam Pakatan Rakyat sendiri iaitu PAS.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu tersebut sengaja dibangkitkan semula untuk memecahbelahkan parti di dalam Pakatan Rakyat.
“Isu ini sering dimainkan oleh pihak musuh kerana mereka ingin lihat parti dalam Pakatan Rakyat berpecah-belah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.
Jelas Wan Azizah, pelaksanaan hukum hudud sebenarnya masih lagi diperhalusi oleh ketiga-tiga parti ketika ini.
“Ia masih lagi diteliti dan keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
“Kita adakan perjumpaan (untuk berbincang mengenainya) pada Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya.
Wan Azizah berkata, PAS perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan dan pemahaman kepada sekutunya mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu.
“Kita minta PAS untuk perjelaskan hasrat mereka berhubung perkara itu.
“Kita berpegang kepada Perlembagaan negara iaitu Islam adalah negara rasmi tetapi pada masa sama menghormati kebebasan agama lain,” katanya.
Hukum hudud kembali hangat diperkatakan apabila, kerajaan PAS Kelantan bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan daripada sekutunya, DAP dan PKR.
Pendirian itu dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 10 April lalu yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sesekali berganjak daripada keputusan tersebut.
Terdahulu, Anwar berkata, PAS perlu ruang secara adil untuk memberikan penjelasan dan pemahaman secara terpinci kepada sekutu mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud.
“Perkara ini perlu dilihat berasingan dalam konteks Kelantan dan Pakatan Rakyat. Kita hormati enakmen yang diluluskan sebelum pakatan pembangkang ditubuhkan,” kata Anwar – Mstar

No comments:

Post a Comment