ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BUDAK LELAKI 11 TAHUN LEMAS TERJATUH LONGKANG !!!

Thursday 17 April 2014

BUDAK LELAKI 11 TAHUN LEMAS TERJATUH LONGKANG !!!

RAKAN menunjukkan longkang di mana mangsa terjatuh.
Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh longkang di sekolahnya sebelum dihanyutkan di Sungai Ampang dalam kejadian di Kampung Melayu, Ampang.

Dalam kejadian jam 4 petang , mangsa Khairul Azrid Abdul Razak dipercayai jatuh longkang di sekolahnya ketika cuba mengambil bola takraw sebelum dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ke Sungai Ampang, di sini, semasa hujan lebat.

"Kita sedang memperluas kawasan pencarian di kawasan Sungai Ampang termasuk memeriksa di kawasan jerangkap sampah yang di pasang berdekatan Pusat Membeli Belah Ampang Point yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian," katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihak berkuasa dijangka turut menggunakan unit scuba pasukan bomba bagi mencari mangsa.
MyMetro

No comments:

Post a Comment