ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KHASIAT AIR KELAPA !!!

Sunday, 27 April 2014

KHASIAT AIR KELAPA !!!


Penulis yakin ramai diantara kita yang suka minum air kelapa, terutamanya ketika musim panas. Selain dapat membasahkan tekak, air kelapa juga dapat menyejukkan badan.

Seperti buah-buahan yang lain, air kelapa juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Dan biasanya digunakan untuk kesihatan dan juga kecantikan. 

Antara khasiat air kelapa :-
1) Menurunkan Suhu Badan – Ketika demam panas, air kelapa muda yang diminum (seeloknya terus dari buah) dapat menurunkan suhu badan.
2) Mengelak Kedutan Di Wajah – Amalan membasuh muka dengan air kelapa dapat mengelak dari mendapat kedutan di wajah. Tapi tips ni penulis tak boleh amalkan. Sebab rasa membazir je air kelapa tu, baik minum terus je kan...hehe
3) Mencegah Uban – Penulis pernah terbaca, jika kita rajin menggosok air kelapa ke akar rambut setiap kali lepas bersyampu, dapat membantu mencegah rambut dari beruban.
4) Menghilangkan Jerawat – Air kelapa juga dikatakan elok untuk merawat jerawat pada wajah. Caranya air kelapa dicampurkan dengan sedikit kunyit hidup dan dibiarkan semalaman, pagi esok bolehlah membasuh muka tu dengan campuran air tersebut.
5) Merawat Kucing Yang Sakit – Jika kucing peliharaan cirit birit, muntah-muntah atau demam, bolelah diberi minum sedikit air kelapa muda. Tips ni memang penulis pernah cuba sendiri setiap kali ada ‘anak-anak’ yang sakit dekat rumah. Dan setakat ni memang berhasil. Kucing bila demam selalunya badan akan lemah, bila beri minum air kelapa muda akan nampak lebih bertenaga dan lebih cepat sembuh.

Ok, Itu antara lima khasiat air kelapa muda. Jika PEMBACA yang budiman tahu khasiat-khasiat lain air kelapa muda ni, bolehlah kongsikan kat ruang komen di bawah.

Thanks....

No comments:

Post a Comment